Ahad, 20 November 2011

Pemimpin Pas Pernah Gelarkan Syed Husin Ali Sebagai 'Anak Komunis'

    12:00:00 PTG   No comments

Setelah membaca pendedahan yang dibuat oleh ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin di dalam blognya, dapat disimpulkan di sini bahawa pengaruh wang, kuasa dan jawatan memang menjadi mainan dalam parti Keadilan. Walau di mana jua organisasi yang dia duduki atau parti politik yang dihinggapi oleh sesumpah bernama Anwar ini, perkara seperti yang disebut tadi memang sudah tidak dapat dielak kerana ia telah sebati menjadi darah dangingnya.

Demi untuk mengekal kuasa atau kedudukan individu tertentu dalam parti, apa sahaja sanggup digadai termasuk maruah diri dan juga kepercayaan yang diberikan oleh rakyat. Budaya politik yang diamalkan oleh Anwar ini bukan perkara baru, malah ia sudah bermula semenjak berada dalam Umno lagi. Lihat sahaja indivdu yang setiasa setia dan rapat denganya, kemudian perhatikan gaya dan cara hidup mereka ini.

Adalah tidak mustahil rancangan 16 September yang pernah direncanakan oleh Anwar untuk menawan Putrajaya melalui pintu belakang suatu masa dahulu dengan memujuk rayu wakil rakyat dari Barisan Nasional agar melompat parti, sudah pasti ada berlaku tawar menawar antara kedua-dua belah pihak yang tentunya melibatkan sejumlah wang yang besar atau jawatan-jawatan penting yang ditawar dalam kerajaan untuk sesiapa yang sanggup menjadi 'katak lompat'.

Tapi sayang, hari ini masih ramai lagi yang tidak menyedari bahawa mereka sedang dikencing oleh manusia bergelar 'Anugerah Tuhan' ini, terutama sekali penyokong tegar dari Pakatan Haram Pembangkang dek kerana terpesona dan terkesima dengan 'ayat power' yang dinyayikan Anwar ke dalam corong telinga mereka ibarat seperti mendengar lagu Oh! Azizah.

Begitu beremosi sekali Zul Kulim dalam penulisnya terhadap orang tua bernama Syed Husin Ali sehingga menggelarkan orang tua itu sebagai 'Anjing Pencen'. Untuk mengikuti kisah sebenar yang terbuku dalam benak hati MP Kulim Badar Baru ini, sila baca DI SINI

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.