Ahad, 20 November 2011

Nik Ajis: Biarpun Air Paip Kelantan Warna Kuning Tapi Tetap BERSIH

    9:50:00 PTG   No comments

Terkejut apabila membaca lapuran berita berkenaan isu air tercemar di Kelantan yang ditulis oleh akhbar Utusan Malaysia. Sudah pasti segala maklumat yang terdapat dalam akhbar Utusan ini tidak akan dipercayai oleh penyokong tegar Pakatan Haram terutama sekali dari kalangan totok PAS Kelantan.

Selagi surat khabar atau portal berita milik Pembangkang, Harakah, Malaysiakini dan Suara keADILan tidak menyiarkan berita mengenai permasalahan air yang berlaku, rakyat Kelantan tidak seharusnya perlu berasa takut atau risau dengan masalah ini kerana, segala maklumat yang tertulis dalam akhbar milik Umno tersebut adalah tidak benar dan tipu belaka.

Buat rakyat Kelantan, jangan berasa khuwatir kerana dengan berkat doa mustajab dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku menteri besar Kelantan juga merangkap 'ulama junjungan' para pentaksub Pas, segala permasalahan air seperti yang digambarkan oleh akhabar Umno itu akan selesai dengan sendirinya apabila mendapat batuan dari Allah.

Oleh itu setiap rakyat Kelantan diseru supaya memperbanyakan doa serta bersolat hajat meminta pertolongan Allah agar air paip di Kelantan yang didakwa mengandungi logam berat dan bakteria e-Coli seperti yang dilapurkan itu akan hilang secara automatiknya tanpa perlu berbuat apa-apa.



Sentiasa ingatlah kepada pesanan yang pernah disampaikan oleh Ustazah Ambgia dalam demo 9hb Julai lepas, bahawa sesungguhnya warna KUNING itu melambangkan kesucian dan BERSIH. Rakyat Kelantan tidak perlu terlalu bimbang jika membuka paip air, didapati air yang keluar dari kepala paip tersebut bukan berwarna jernih seperti mana yang biasa dilihat dalam air botol mineral yang telah dirawat, anggap sahaja itu perkara biasa kerana hampir 20 tahun kerajaan Pas mentadbir Kelantan, air warna kuning dan kotor itu jugalah yang kalian guna dan minum setiap hari.

Sekiranya rakyat Kelantan berkehendakan kepada air yang bersih, berwarna jernih seperti di negeri-negeri lain. Tukar la 'Kepala Paip' yang sudah terlalu usang dan uzur itu kepada kepala paip yang baru. Apa-apa pun semua ini terpulang kepada rakyat Kelantan sendiri kerana pilihan di tangan ada.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.