AIDCNews - 12/12/11 - Peguam Utama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh merumuskan kejadian seks luar tabie di antara anak guamnya (Anwar Ibrahim) dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008, antara jam 3.01 - 4.30 petang di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara berlaku atas dasar suka sama suka. SUMBER AIDC
Sankara Nair pertikaikan tempoh yang diambil terlalu panjang untuk mendapatkan specimen (sperma) dari dubur Saiful di mana kemungkinan tidak lagi relevan dan ada elemen bakteria. Sankara seolah-olah ingin membuktikan bahawa sperma tersebut tidak subur kerana telah tamat tempoh masa dan kerana tidak subur, maka ia tidak relevan tanpa sedikit pun mengambil kira tentang DNA yang terkandung pada sperma berkenaan. SUMBER SEL13
Jika dirujuk dari 2 petikan di atas, sekali lagi Anwar Ibrahim telah diSAHkan oleh peguam belanya sendiri bahawa dia memang seorang peliwat tegar yang paling disegani di abad ini. Biarpun hujah merapu peguam bela ini cuba dikaburkan dengan fakta-fakta yang tidak masuk akal agar pihak hakim dan pendakwaraya terkeliru bagi mewujudkan keraguan terhadap saksi utama, namun helah itu cuma sekadar taktik lapuk yang cuba diguna sekali lagi untuk kes liwat musim kedua. Harap tiada yang terleka..
Peguam 'Gagak Hitam' yang mewakili si tertuduh ini seperti sudah menjangka, kes liwat yang dikendalinya kali ini amat payah untuk diputar belit ekoran dari kerdibeliti saksi utama iaitu Saipul Bukhari yang begitu konsisten sejak dari mula kes dibicarakan hingga ke hari ini.
Ramai yang sudah meneka, memang tiada harapan untuk Anwar menang dalam kes liwatnya. Melainkan berlaku keajaiban disaat akhir, di mana Saiful menukar pengakuanya. Namun itu adalah perkara yang amat mustahil untuk dijangka berlaku hendak-hendak lagi bila perbicaraan sudah masuk pusingan akhir iaitu proses penggulungan sebelum keputusan dibuat oleh Hakim samada kes kali ini Anwar disabitkan dengan kesalahan meliwat pembantunya atau tidak.
Apa yang cuba dibuat oleh barisan peguam 'Gagak Hitam' upahan Anwar ini disaat akhir ini hanyalah, untuk menarik masa dengan cuba membuat penagguhan kes selama yang boleh bagi memenuhkan kantung poket masing-masing dari hasil bayaran upah guaman yang tentunya mahal yang dibayar oleh Anwar kepada mereka. Tidak dapat dipastikan samada upah peguam 'Gagak Hitam' ini dibayar ikut pakej atau bayar gaji hari.
Jika dahulu Anwar menjadikan Umno sebagai lubuk duit untuk mengaut segala kekayaan yang dia miliki hari ini. Sekarang tiba pula giliran kumpulan 'Gagak Hitam' sedikit demi sedikit merobek kekayaan Anwar yang pernah dimiliki itu hingga tinggal bulu dan pada akhirnya, penjara Sg Buloh juga yang menjadi destinasi terkahir buat Anwar untuk menghabiskan sisa-sisa hidup di hari tuanya.
Moral penyokong taksub Anwar Ibrahim mula dilihat semakin jatuh bila setiap kali diasak bertubi-tubi oleh blogger dan facebookers anti Anwar sehingga tidak berani dan mampu menjawab segala fakta yang dilontarkan kepada mereka bagi menjawab segala persoalan yang timbul bila setiap kali isu salahlaku seks pemimpin Pakatan Pembangkang di utarakan. Ini satu petanda yang baik. Kasi hentam sampai lunyai..
Wak J: Kes liwat Anwar sedang rancak dibicarakan..memang syok
Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..