Rabu, 7 Disember 2011

'Firaun Tua' Pas Calon 'Sure Win' Bertanding Lagi

    5:42:00 PTG   No comments

  
Tidak menghairankan sekiranya 'Firaun Tua' dalam Parti Islam Pas Kelantan menyatakan hasratnya untuk bertanding lagi pada PRU13 akan datang. Kerana perinsip politik yang dipegang oleh 'Firaun Tua' ini adalah jelas, selagi hayat dikandung badan dan masih tidak terhidu bau tanah serta mendapat sokongan para pentaksub, kekuasaan harus dikekalkan.

Dalam satu kenytaanya, Nik Ajis telah menyatakan hasrat bahawa dia akan bertanding semula di kawasan DUN yang diwakilinya sekarang ini iaitu dun Chempaka. Sekiranya menang sekali lagi (pasti menang) Nik Ajis tidak berhasrat untuk memangku semula jawatan Menteri Besar Kelantan kerana sudah terlalu tua dan uzur akibat terlalu banyak minum air paip yang tidak dirawat di Kelantan.

Untuk mengekalkan legasi keluarga dalam heiraki politik Kelantan, beberapa percaturan dan penyusunan kerusi DUN dan Parlimen telah dibuat untuk memastikan setiap ahli keluraga dan kroni Nik Ajis mempunyai peranan penting dalam organisasi parti dan juga dalam kerajaan negeri.

Sudah pasti percaturan yang disusun rapi oleh 'Firaun Tua' ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan calon yang bakal bertanding pada PRU13 akan datang. Beberapa nama juga turut digugurkan dari dicalonkan semula, seperti Din PuduRaya, mungkin calon bukan anak tempatan tidak lagi diperlukan untuk berkidmat kepada rakyat Kelantan.

Jawatan Menteri Besar yang selama ini diidam-idam oleh 'Pakar Ekonomi' Kelantan itu akhirnya terlepas ke tangan Nik Amar apabila 'Firaun Tua' tidak mencalonknya bertanding kerusi DUN sebaliknya di kerusi Parlimen atas alasan diperlukan sebagai menteri pusat sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya membentuk kerajaan. Jika kalah habuk pun tak dapat, karier politik menjadi malap.

Setelah dianalisa, nampaknya Umno-BN di Kelantan akan menempuhi laluan getir dan jalan berliku untuk menawan semula negeri Kelantan selagi 'Firaun Tua' masih gila mahu bertanding pilihanraya. Kerana faktor kemenangan dan kekalahan Pas Kelantan semuanya berpuca dari 'Firaun Tua' ini. Kerja keras serta strategi perang yang mantap dan berkesan amat perlu dirancang dari sekarang jika Umno-BN benar-banar ingin menang PRU13 akan datang sekaligus merubah landskap politik di negeri 'Serambi Mekah'.

Ulasan lengkap percaturan Politik Kelantan boleh dirujuk di sini

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.