Khamis, 8 Disember 2011

Lidah Rasmi Parti Isle Kaki FITNAH Kantoi!!

    12:22:00 PG   No comments


PUTRAJAYA 7 Dis. - Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan Syarikat Prema membayar ganti rugi am sebanyak RM50,000 kepada Ummi Hafilda Ali kerana memfitnah ahli perniagaan itu melalui rencana yang disiarkan dalam akhbar Harakah, 12 tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Sulaiman Daud yang bersidang bersama Hakim Datuk Ramly Ali dan Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad sebulat suara membenarkan sebahagian rayuan syarikat kilang cetak tersebut iaitu terhadap jumlah ganti rugi.

Dengan keputusan itu, sidang berkenaan mengurangkan separuh daripada jumlah asal ganti rugi am iaitu sebanyak RM100,000 yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 7 Jun 2006.
Bagaimanapun, Ummi Hafilda tetap mendapat ganti rugi am berjumlah RM150,000 selepas tiga pihak lain yang dinamakan sebagai defendan-defendan dalam kes saman tersebut kekal diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM100,00.

Ini kerana ketiga-tiga defendan tersebut iaitu Pas, bekas pemegang permit Harakah, Halim Arshat dan bekas Ketua Pengarang akhbar itu, Mustapha Ali setakat ini tidak merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi. - Utusan

Wak J: Bagus, lain kali sila fitnah banyak lagi. Bikin malu nama Islam betul Pas ni...HamPASsss..

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.