Khamis, 8 Disember 2011

RM500..Ini Baru Betul! Cakap Serupa Bikin

    5:20:00 PTG   No comments


KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan semalam menjelaskan bahawa isi rumah yang layak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada anggota keluarga yang tinggal serumah, dan mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 dan ke bawah.

"Ini merangkumi individu yang berkahwin; ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) sebatang kara," kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan semalam.

BACA SETERUSNYA DI SINI

Wak J say..

Nampaknya pihak kerajaan  Malaysia yang dinaungi parti BN sudah mula mengorak langkah yang lebih jauh dalam mengotakan segala janji-janji yang pernah dibuat semasa pembentangan Bajet Negara untuk sesi 2012 lepas. Baru-baru ini skim bantuan anak sekolah berjumlah RM100 telah direalisasikan.

Ini merupakan satu perkembangan yang positif sekiranya segala perancangan yang dibuat dapat diterjemahkan dalam bentuk realiti sekaligus akan membuat rakyat lebih yakin dan rasa terjamin untuk mengekalkan kerajaan pemerintah sedia ada selepas PRU13 akan datang.

Sudah tentu dengan pengotaan segala janji yang dibuat oleh kerajaan ini akan membuatkan Pakatan Pembangkang terpinga-pinga menggaru kepala sambil dalam hati berkata 'rosak ana punya progaram kalau terus-terusan kerajaan BN menunaikan janjinya'.

Apa-apa pun, pujian terima kasih harus diberikan kepada pihak kerajaan kerana begitu prihatin dan benar-benar cakap serupa bikin walau pedaftaran untuk skim ini baru sahaja diwar-warkan kepada umum. Biar pun pemberian RM500 itu hanya 'one off pay' ia tetap mampu membuat sesiapa sahaja yang layak menerimanya tersenyum lebar.


Wak berharap proses untuk mendapatkan duit ini tidak mengambil masa terlalu lama kerana wak sekarang berada dalam keadaan sangat terdesak untuk mendapatkan sebuah handphone mudah alih terkini lagi canggih iaitu Black Berry Torch 9810  seperti dalam gambar di atas ini.. Wak layak!...pedulii apa...hehehehe

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.