Selasa, 27 Disember 2011

Industri Rasuah Negara Melonjak Berkat Dari Kerja Keras DAP & Pakatan Haram

    12:10:00 PTG   No comments


Wak cukup tertarik dengan fakta serta ulasan yang disampaikan oleh blogger RBF dalam mengulas isu peningkatan kadar indeks persepsi rasuah di negara kita. Sangat detail dan mudah difahami oleh sesiapa sahaja yang membacanya.

Wak senghaja membuat ulasan lambat berkenaan isu ini sejak ia mula diutarakan di laman blog, agar kita tidak lupa, kerana maklumat yang disampaikan amat berguna dan boleh dijadikan sebagai rujukan kelak.

Mungkin para pembaca boleh juga menyimpan beberapa fakta berguna yang ada di dalam blog tersebut untuk dijadikan sebagai 'peluru' bagi menyerang balas apabila berhadapan dengan puak pembangkang di ruang maya pada bila-bila masa.


Ramai dari kalangan penyokong tegar pembangkang yang mempercayai bahawa penyumbang utama gejala rasuah di negara ini berpunca dari ketirisan yang berlaku dalam projek yang dikendalikan oleh kerajaan (Fedral). Namun pada hakikatnya semenjak Pakatan Haram menang beberapa negeri pada 2008, graf indeks persepsi rasuah negara telah mengalami peningkatan yang mendadak berbanding tahun sebelumnya.

Trend peningkatan ini telah menunjukkan bahawa kerajaan Pakatan juga turut menjadi penyumbang utama kepada kenaikan kadar indeks rasuah negara. Kenaikan indeks persepsi rasuah paling ketara berlaku apabila DAP Perak mengambil alih tampuk pentadbiran negeri dari BN.

Mungkin ramai daripada kita selama ini tidak kisah atau tidak tahu bagaimana survey dijalankan bagi menentukan kadar turun naiknya ranking persepsi rasuah untuk sesebuah negara. Untuk pengetahuan semua kajian yang dilakukan oleh Transparency International (TI) tidak dibuat secara rawak tetapi secara keseluruhan. Ini berkmana setiap negeri yang ada dalam sesebuah negara seperti Malaysia tidak terlepas dari dikaji selidik. Maka negeri yang ditadbir oleh Pembangkang juga sama terlibat.

Segala aktiviti 'mengsakau' duit rakyat samada secara besar-bersaran atau kecil-kecilan seperti mana yang dilakukan oleh DAP di Perak, di Selangor dan tempat lain, telah menyebabkan indeks persepsi rasuah nagara naik melambung pada tahap yang luar biasa.

Semenjak Pakatan Pembangkang mengambil alih beberapa buah negeri, bermacam-macam peningkatan berlaku, semuanya yang memberi imej buruk kepada Malaysia. Dengan kadar penyakit Aids dan masalah sosial yang meningkat di Kelantan sehingga dinobatkan sebagai juara, permintaan dan pengeluaran minuman keras di Selangor dengan menjadikan Malaysia pengeluar top10 arak di dunia, dan akhir sekali dalam industri rasuah serta salahguna kuasa yang dimonopoli oleh DAP melalui kroni-kroninya.

Dalam keghairahan mereka menyalahkan pihak kerajaan berkenaan isu peningkatan indeks persepsi rasuah negara, mereka terlupa bahawa Pakatan Pembangkang juga merupakan sebuah 'kerajaan' walau hanya diperingkat negeri. Adalah tidak adil jika hanya menuding jari kepada Kerajaan sedangkan pelahap-pelahap duit rakayat dari kalangan Pakatan sendiri dibuat tak nampak sambil memberi alasan jumlah duit rakyat yang dirembat itu sangat kecil nilainya walau pelbagai kaedah menyonglap digunakan.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.