Ahad, 4 Disember 2011

'Ostad Mee Segera' Bob Lokman Masih Punyai 'Harga'

    12:25:00 PTG   No comments


"Sebabnya hanya kerana PAS sahaja pada masa ini yang mengamalkan amal ma'aruf nahi mungkar. Tabligh hanya amal ma'aruf sahaja. Rufaqa' hanya berkaitan ekonomi. Jadi masalah kita dalam Malaysia bukannya ekonomi, bukan masalah sembahyang, tetapi adalah masalah sistem yang membuatkan ekonomi, pendidikan, tidak Islamik. Begitu juga yang banyak merosakkan solat orang adalah sistem. Jadi, PAS sebagai wadah yang meperjuangkan Islam, yang ada kena mengena dengan politik dilihat berpeluang besar untuk mengubah sistem yang salah selepas digunakan dalam negara selama 53 tahun. Maka sebab itulah saya menyertai PAS". Bob Lokman

Dalam satu ceramahnya 'Ostad Mee Segera' Pas, Bob Lokman mendakwa dirinya pernah ditawarkan sejumlah wang yang besar jika menyertai umno. Tapi tidak dinyatakan pula siapa yang membuat penawaran itu. Fuhh!! memang ganas betul gossip yang melanda Ostad seleberiti Parti Islam ni.

Baca selanjutnya di Media Permatang Pauh
Biarpun umur sudah menjangkau usia 'antik', namun pak lawak tua Parti Islam Pas ini masih lagi mempunyai nilai yang tinggi sehinggakan ada yang sanggup menawarkan wang yang sebegitu banyak, walau pada hakikatnya ramai yang tahu manusia bernama Bob Lokman ini hanyalah Ostad bidan terjun yang mendapat gelaranya itu setelah menyertai parti politik.
Yang menjadi perkara pelik dalam isu tawaran yang dibangkitkan oleh Bob Lokman ini ialah, siapa agaknya gerangan 'menteri' dari kalangan pemimpin UMNO yang gila sengal hendak offer duit pada manusia yang sebelum ini pernah mengaku bahawa kegagalan yang dialami di sepanjang hidupnya berpunca dari sistem sedia ada dalam negara ini kerana tidak memberi apa-apa faedah kepadanya.
Berani ke ostad bidan terjun Pas ini mendedahkan nama-nama menteri yang didakwanya itu. Atau ia hanyalah cereka lawak yang dikarang sendiri kemudian diterjamah di hadapan penyokong taksub Pas supaya ia menajdi isu kontroversi bagi menaikan prestasi imej warak dan alim yang cuba dibawa sambil berharap agar dirinya akan terpilih menjadi calun 'winable candidate' Pas pada PRU13 akan datang.
Alahai Bob..udah-udah la tu..naik meluat plak aku ni.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.