Sabtu, 3 Disember 2011

Sistem Tadbir Urus Kerajaan Negeri Lemah Punca Banjir Kilat

    10:00:00 PG   No comments


Memang agak terkejut juga apabila mendengar berita bandar Kajang dilanda banjir kilat. Kawasan bandar Kajang dah macam taman permainan bagi wak terutama sekali di kompleks beli dan belah Metro, di situ lah wak selalu lepak sorang-sorang sambil cuci mata melihat aweks lalu-lalang.

Agak dahsyat juga banjir kilat yang berlaku petang semalam jika dilihat melalui video yang dimuat naik ke laman YouTube, dah serupa macam banjir yang berlaku di Thailand baru-baru ini.

Menurut cakap-cakap orang, bandar Kajang pernah dilanda banjir kilat pada tahun 2000 dahulu. Ekoran daripada peristiwa itu, sungai yang berada tidak jauh dari bandar telah diperbesar dan di dalamkan, selepas itu tiada lagi berlaku masalah banjir kilat.

Namun setelah kerajaan BN Selangor tumbang di tangan Pakatan Haram di bawah kepimpinan Khalid gagap, masalah banjir kilat datang melanda kembali.



Tidak tahu apa puncanya kenapa banjir kilat yang tak pernah diduga oleh penduduk Kajang selama ini boleh berlaku lagi. Adakah ia berpunca dari sikap penduduk setempat yang kurang mengambil berat soal bertapa pentingnya menjaga alam sekitar terutama sekali kawasan sungai.

Atau kelemahan sistem pentadbiran kerajaan negeri yang sedia ada, kerana gagal mengurus atau mengawal selia segala sistem perparitan yang berada di kawasan bandar dengan baik dan sempurna sehingga menyebabkan berlakunya banjir kilat.

Mungkin juga pihak atasan iaitu ahli majlis yang diwakili oleh kuncu-kuncu Pakatan Haram, tidak mahu mengambil tahu akan hal-hal sebegini dan menganggap ia sebagai perkara yang remeh temeh. Akibatnya kawasan sungai dan longkang-longkang sekitar dibiarkan tersumbat begitu sahaja.

Mereka ini lebih sibuk berpolitik di dalam pejabat berbincang bagaimana cara untuk mengekalkan kuasa yang ada dan taktik-taktik macam mana hendak mengaut segala harta milik rakyat Selangor, dijadikan sebagai jaminan sekiranya kalah pada PRU13 nanti mereka ini tidak akan rugi apa-apa.


Penyokong tegar Pakatan Haram di laman sosial, meroyan sakan macam lembu kena sawan, bila isu banjir kilat yang berlaku di Kajang ini, dibincang bersama di dalam group (fB) milik mereka. Seekor demi seekor penyokong pakatan haram dikitai hingga sampai terkeluar bunyi-bunyian lembu. Wak sendiri pun tak pandai nak mengajuk bunyi lembu yang dibuat oleh mereka ini, kerana ditakuti nanti wak akan jadi serperti dia orang juga...hehehehehe..

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.