Anwar Ibrahim Terkincit Lagi

Syukur pada Allah, dan terima kasih kepada pihak Peguam Negara kerana telah memfailkan permohonan rayuan agar kes pertuduhan liwat yang melibatkan Ketua Pembangkang Malaysia, diperdengar semula.

Walau permohonan rayuan ini hanya langkah permulaan, biarpun keputusan akhir rayuan yang dibuat itu samada ditolak atau diterima, namun ia memberi sedikit kelegaan pada ramai pihak yang berharap agar kes ini dapat diadili seadilnya.

@ Jabatan Peguam Negara semalam telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribandinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 9 Januari lalu.

@ Notis rayuan tersebut difailkan oleh Ketua Unit Rayuan, Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Manoj Kurup.

@ Dalam satu kenyataan jabatan itu berkata, rayuan tersebut difailkan berdasarkan keterangan dan undang-undang tanpa mengikut emosi atau pengaruh mana-mana pihak.

@ Keputusan memfailkan notis rayuan ini membolehkan jabatan memperoleh penghakiman bertulis hakim dan rekod prosiding perbicaraan dari Mahkamah Tinggi. Ini seterusnya mengetahui dengan jelas alasan-alasan penuh keputusan hakim. @Utusan Malaysia

Nampaknya pihak pembelaan Anwar Ibrahim sudah mula panas buntut apabila pihak pendakwaraya mengemukakan permohonan rayuan. Mereka mendakwa rayuan yang dibuat kali ini bermotifkan politik serta berniat jahat untuk menjatuhkan karier politik anak guamnya.

Sent by Maxis from my BlackBerry®Torch 9810

1 Response to "Anwar Ibrahim Terkincit Lagi"

  1. DAH MULA DAH.LEPAH NI BOLEH ADAKAN CERAMAH, BOLEH KITUP DERMA . SEMOGA PENUH PLASTIK BAG ( DERMA JIHAD PAS)

    BalasPadam

Wak tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya mewakili pendirian Wak selaku pemilik blog.

Sila guna bahasa dan ayat yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan melambangkan ciri keperibadian diri anda sendiri.