Jumaat, 20 Januari 2012

Setelah Puas Kutuk Melayu, Pas Dipaksa Telan Kahak Hijau Sendiri!

    3:06:00 PTG   No comments

Ditelan mati emak..diluah mati bapak. Perumpamaan yang paling sesuai untuk menggambarkan perasaan hati para penyokong Pas sekarang ini. Terutama sekali penyokong Pas yang berada di segenap pelusuk negeri Selangor.
 
Ramai yang sedang mentertawakan Pas Selangor waktu ini termasuk wak juga. Ini semuanya berpunca dari peristiwa perlantikan exco agama Islam yang baru kerajaan Negeri Selangor bagi menggantikan tempat Hasan Ali yang ditendang keluar dari Pas gara-gara tidak menyokong Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya.

Apa yang menggelikan hati, bila mana parti politik yang mendokong perinsip Islam sebagai wadah perjuangan partinya serta paling Islamik dari mana-mana politik yang wujud di Malaysia, dilantik menjadi exco yang mana tugasanya itu tiada bersangkut paut langsung dengan Islam. Sekaligus ia merendahkan martabat Pas selaku pejuang Islam yang 'tulen'.
 
Tugasan menjaga adat istiadat orang Melayu serta hal ehwal sukan di negeri Selangor bukanlah satu kerja yang hina, walaupun sebelum ini Parti Islam itu paling lantang menolak perjuangan yang berteraskan bangsa dalam setiap agendanya. Segala kahak hijau yang diludah ke atas nama Melayu dulu, kini terpaksa dijilat kembali.

Seperti yang dinyatakan oleh Hasan Ali, Pas kini sudah menjadi pak turut dan keldai tunggangan PKR dan DAP memang ada kebenaranya. Lihat sahaja sekarang ini, Pas terpaksa tunduk diam mendengar arahan dan tidak mampu berbuat apa-apa kerana bimbang akan kehilangan jawatan dan kuasa di dalam kerajaan negeri.
 
Setelah tidak lagi menjadi exco yang menjaga hal ehwal agama Islam di Selangor, selepas ini Pas boleh memberi tumpuan yang lebih terhadap aktiviti pembagunan sukan di Selangor dengan menerapkan konsep Islam di samping menjaga kebajikan orang Melayu. Selamat menjalankan tugas..

Sent by Maxis from my BlackBerry®Torch 9810

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.