Sabtu, 28 Januari 2012

Bakal PM Malaysia Ke7 Kaki Zina. Jika Ikut Hukum Hudud Dah Kena Rejam Sampai Mati!

    11:15:00 PG   No comments


 
Anwar Ibrahim sekali lagi didesak supaya menyaman Kumpulan Trio Datuk T kerana memndedahkan video klip seks yang mengaitkan dirinya. Nampaknya ramai pihak sangat berharap agar dirinya disaman berjuta-juta ringgit oleh Anwar.

Walaupun satu dunia sudah tahu siapa actor sebenar yang melakukan aksi lucah tersebut, namun pengakuan dari mulut yang empunya badan sendiri amat dinanti oleh seluruh rakyat Malaysia bagi mendapatkan kepastian.

Hingga ke hari ini, Anwar Ibrahim masih enggan menjawab isu video seks yang didakwa melibatkan dirinya setelah ia didedahkan sendiri oleh rakan karibnya iaitu Datuk Eskay. Semakin lama perkara ini Anwar cuba senyapkan, maka makin benarlah dakwaan orang ramai selama ini yang beranggapan bahawa Anwar Ibrahim adalah si pelaku yang terlibat di dalam klip video seks yang melibatkan seorang wanita berketurunan cina.

Kata orang tua-tua, kalau nak tahu baik buruknya seseorang itu, lihat sahaja dengan siapa dia berkawan. Mungkin Datuk Askay sudah terbuka pintu hantinya untuk bertaubat. Tinggal Anwar Ibrahim sahaja yang belum dan ntah tak tahu bila nak berubah.

Dalam isu video seks ini perangai Anwar Ibrahim kelihatan agak aneh berbanding dengan kes pertuduhan liwat yang pernah dihadapainya sebelum ini. Tiada lagi kedengaran slogan lawan tetap lawan dilaungkan bila setiap kali timbul isu moral yang melibatkan Ketua Pembangkang Malaysia itu dimainkan oleh pihak yang begitu anti kepadanya.

Apa yang menimbulkan tanda tanya ramai pihak termasuk rakyat jelata, kenapa Anwar menjadi begitu takut apabila didesak agar menyaman pihak tertentu seperti Ezam, Ummi Hafilda, Nalakarupan, Eskay dan lain-lain lagi, yang selama ini telah banyak membuka aib serta memalukanya.

Sudah tentu Anwar mempunyai sebab tertentu kenapa dia tidak berani mengambil tindakan undang-undang atau saman terhadap individu ini. Kerana dikhuatiri akan membuka lebih banyak pekung busuk yang selama ini disimpan rapi supaya ia tidak diketahui oleh umum.

Ataupun, Anwar risau sekiranya isu video seks ini dibawa ke muka pengadilan, dan terpaksa mengupah sekali lagi Karpal Sink selaku penguambela, maka akan lebih banyak rahsia sisi gelapnya yang pernah dilakukan sebelum ini bersama rakan karibnya akan terdedah ke pengetahuan Dap. Mungkin pada Anwar cukuplah hanya Dap sahaja yang tahu tentang perilaku liwatnya.

Akan tiba masanya nanti, segala pendedahan berkenaan salah laku seks yang melibatkan Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat akan diketahui umum. Khabarnya ada lagi video Anwar sedang berzina  bersama dua orang Siamdoll bakal didedahkan tidak lama lagi. Biarlah masa yang menentukan waktu tanyangan perdana video seks tersebut. Siap sedialah sabun di rumah.


KUALA LUMPUR 26 Jan. - Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar melantik pakar forensik antarabangsa untuk menganalisis rakaman video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang itu seperti didedahkan kepada media pada 21 Mac tahun lalu.

Cabaran itu dibuat oleh salah seorang ‘Trio Datuk T’, Datuk Shuib Lazim, 70, bertujuan menentukan bahawa Anwar bukan pelaku di dalam rakaman video tersebut.

Shuib berkata, sekiranya pihak forensik antarabangsa mendapati pelaku itu terbukti bukannya Anwar, ketua pembangkang itu perlu segera menyaman ‘Trio Datuk T’ yang terdiri daripada beliau sendiri, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Ujarnya, di dalam mahkamah kelak mereka bersedia memberi keterangan termasuk menayangkan rakaman video yang dikatakan lebih dahsyat berlaku di Thailand pada 12 dan 13 Januari 2011.

‘‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay. Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami.

‘‘Kami sedia untuk membongkarkan perkara ini demi kebenaran. Kami sedia berbuat demikian demi masa depan dan nasib rakyat negara ini,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. SUMBER UTUSAN MALAYSIA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.