Jumaat, 27 Januari 2012

Masuk U Kerana 'Kuota' Punca Segelintir Mahasiswa 'Melayu' Suka Baring Atas Jalan

    2:30:00 PTG   No comments

 
Wak J: Apa yang dinyatakan oleh Tun Mahathir di bawah ini memang ada kebenaranya. Tidak semua pelajar berketurunan Melayu yang melangkah masuk ke Universiti hari ini bukan semuanya pandai-pandai belaka.

Contoh terbaik dan yang sedang kita lihat sekarang ini ialah mehasewel bernama Adam Adli dan rakan-rakanya. Kerana terlalu sibuk berpolitik dan mengekori buntut Anwar Ibarhim, akhirnya pelajaran yang merupakan tanggungjawab utama sebagai pelajar ntah ke mana. Wak doakan semoga masa depan dia orang ini jadi gelap semapai bila-bila, supaya dia tidak terus merosakkan masa depan orang lain.

Kepada pelajar Universiti yang berketurunan Melayu segelintirnya haruslah sedar, bahawa kemasukan anda ke Universiti bukan disebabkan dengan keputusan peperiksaan yang cukup-cukup makan, tetapi disebabkan kamu MELAYU. Kalau tak kerana kamu Melayu, jangan harap dapat menjejak kaki ke menara gading dengan berbekalkan keputusan yang tak seberapa.

Hargailah ia kerana tidak semua orang berpeluang seperti anda untuk melayakan diri masuk ke universiti. Bila sudah diberi peluang, jangan pula disia-siakan dengan menjadi keldai tunggangan orang politik. Percayalah, tanpa sebarang kelulusan yang dimiliki, jangan harap orang-orang politik ini akan mengambil kamu bekerja dengan mereka atau diangkat menajadi tokoh pemimpin satu hari kelak.

Sendiri mahu ingat ler...tak ada degree dan kelayakan lain siapa nak ambil kau orang bekerja nanti.
 
 

ALOR SETAR: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tetap relevan kepada orang yang tidak tahu menjaga diri dan tidak menghargai peluang yang harus digunakan sebagai seorang mahasiswa, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata kerajaan tidak pernah melarang sekiranya mahasiswa ingin mengadakan sebarang debat dalam kawasan universiti tetapi yang hendak dikawal adalah perbuatan mereka berkempen secara melampau.
"Yang kita larang adalah tindakan nak pergi kempen di sana sini. Orang bayar duit kepada kita. Kita belajar menggunakan orang lain, jadi kena bertanggungjawab dengan orang yang bekalkan kita dengan wang supaya belajar betul-betul.

"Kemasukan (ke universiti) kebanyakan pelajar Melayu bukan kerana pencapaian tinggi, (dan) kalau tak kerja kuat mereka akan ke belakang," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sesi Bicara Tokoh bersama beliau sempena Tahun Koperasi Antarabangsa 2012 di sini, Khamis.

Dr Mahathir berkata mahasiswa seharusnya menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran, dan selepas tamat pengajian dan mempunyai pekerjaan serta pendapatan sendiri, barulah mereka bebas melakukan apa saja.

"Kita fikir (jika) tak demonstrate (berdemonstrasi) tak boleh jadi ahli politik yang baik. Saya dulu takdak demonstration pun tapi boleh jadi ahli politik yang ada kebijaksanaan juga," katanya.
Beliau berkata lebih menyedihkan ialah yang sering terlibat dengan demonstrasi membantah Auku adalah mahasiswa Melayu, manakala kaum lain tidak melakukan perkara itu.

"Saya bukan rasis tapi budak Melayu ini kelulusan tak tinggi, orang inilah yang nak sangat hapuskan AUKU. AUKU tidak relevan kalau kita tahu menjaga diri," katanya. - BERNAMA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.