Sabtu, 7 Januari 2012

Madu Wan Azizah, Azmin Ali Berangan Nak Jadi Perdana Menteri. Ini Langkah Bendul Namanya

    10:42:00 PTG   No comments

 

Tinggi betul cita-cita si madu kepada Wan Azizah ini, walaupun hasrat murninya itu ingin menjadi Perdana Menteri disebut dalam nada bergurau namun mesej tersirat yang hendak disampai oleh Azmin Ali ini kepada seluruh penyokong Pakatan mudah difahami.

Ekoran dari tersebarnya desas-desus yang mengatakan bahawa Ku Li bakal menjadi Perdana Menteri boneka Pakatan untuk sementara waktu bagi menggantikan Anwar yang akan bercuti panjang di Resort Sg. Buloh selepas 9 Januari depan, telah menimbulkan keadaan rasa kurang selesa pada Azmin kerana risau hilang tempat bermanja.

Siapalah agaknya dari kalangan penyokong Pakatan Pembangkang yang bersetuju melantik Azmin Ali menjadi Perdana Menteri. Adakah orang itu Wan Azizah atau Nurul Izzah?. Ingat Min kaum keluaga Anwar bukan suka sangat dengan engkau ni.

Seperti yang kita tahu, bukan semua ahli PKR termasuk Presidenya sendiri begitu menyukai Azmin. Malah ada yang beranggapan selagi Azmin sentiasa berdampingan dengan Anwar, peluang untuk menyurakan pendapat sendiri atau ingin menonjolkan bakat kepimpinan dalam parti pasti akan disekat jika sesuatu perkara itu tidak mendapat restu dari Azmin Ali terlebih dahulu.

Sekiranya Anwar Ibrahim disabitkan dengan kesalahan meliwat bekas pembantunya. Mungkin ini merupakan peluang terbaik yang ditunggu-tunggu oleh puak 'underground' yang sekian lama bersarang dalam PKR, timbul ke permukaan bagi menyuarakan rasa tidak puas hati sekaligus mentalkinkan terus karier politik Azmin Ali yang selama ini dianggap sebagai 'anak ikan emas' kepada Anwar.

Walaupun Azmin Ali mempunyai wang yang cukup banyak untuk membeli seluruh jiwa ahli PKR untuk terus berada di belakangnya, namun gerakan-gerakan yang anti kepadanya selama ini amat sukar dibendung dan hanya menunggu masa sahaja untuk timbul dan merobek segala apa yang pernah dimilikinya hari ini sepanjang menjadi kekasih gelap kepada seorang insan yang bergelar 'Anugerah Tuhan'.

Mesti ada di antara kita yang tertanya-tanya, antara Wan Azizah dan juga Azmin Ali siapakah yang paling berkuasa dalam menentukan hala tuju parti?. Dari apa yang wak lihat, dalam hal ini jika Anwar kembali ke habitat asalnya, Wan Azizah berpeluang menjadi Queen In Control dalam Parti Keadilan untuk Anwar (maaf bukan Rakyat) sambil dibantu oleh anak perempuanya. Sungguh tragis bukan?

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.