Isnin, 16 Januari 2012

Pakatan Pembangkang Cuba Menghasut Mahasiswa Supaya Jadi Pengganas?

    10:00:00 PG   No comments

Gambar sekadar hiasan sahaja

Wak J: Kadang-kadang wak terfikir juga kenapa ada segelintir Mahasiswa yang berkiblatkan Pakatan Pembangkang ini bodoh sangat. Apabila ingin melakukan sesuatu perkara, tidak pernah berfikir terlebih dahulu akan kesan yang bakal diterima di atas perbuatanya itu.

Belajar pun tidak habis lagi sudah mula menunjukkan perangai yang bukan-bukan yang mana boleh merugikan diri sendiri. Cuba tunjuk perangai yang elok-elok sikit. Apalah salah Najib Razak yang ingin berkunjung di universiti tersebut sehingga nak diletupkan helikopter yang dinaiki oleh Perdana Menteri tu.

Pensyarah Pakatan mana agaknya yang cuba menghasut budak-budak ini agar menjadi pengganas di universiti, sehingga tergamak melakukan perkaran yang boleh mendatangkan acaman kepada keselamatan negara.

Kalau benar pun nak bergurau biarlah kena caranya. Sekarang tengok! Apa sudah jadi. Wak sangat yakin masa depan pelajar ini bakal menjadi gelap selamanya, ekoran dari gurauan bodoh yang sengahaja dibuatnya itu di laman sosial.

Kepada ibu bapa pelajar tersebut, sekiranya masa depan anak kamu menjadi gelap di atas perbuatanya yang tak senonoh itu. Sila salahkan kepada Pakatan Pembangkang kerana telah merosakkan masa depan anak anda. Orang lain graduate dengan title engnieer, anak anda pula dibuang universiti dengan diberi gelaran sebagai PENGGANAS.

 
GEORGE TOWN: Seorang pelajar universiti berusia 24 tahun ditahan untuk disoal siasat selepas mengeluarkan kenyataan berunsur ugutan untuk meletakkan bom dalam helikopter yang dinaiki Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Facebooknya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, pelajar terbabit dibawa ke ibu pejabat polis daerah di Jalan Patani untuk soal siasat pada pukul 1.30 petang, Ahad.

"Kes itu disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. Pelajar tersebut ditahan di kampusnya di Nibong Tebal.

"Kes itu masih dalam siasatan lanjut. Kami akan mengumumkan jika terdapat sebarang perkembangan," katanya ketika dihubungi, Ahad.

Satu laporan polis dibuat di balai polis Jelutong terhadap kenyataan dalam sebuah blog yang memaparkan profil Facebook pelajar itu.

Dalam status terbaru dalam profil Facebook itu menyatakan, Najib akan turun ke kampus...mari bom helikopter tersebut...'. SUMBER MSATR ONLINE

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.