Selasa, 10 Januari 2012

'Suka Sama Suka' Anwar Ibrahim Perintis Utama Kebebasan Berseksual Di Malaysia

    10:00:00 PG   No comments

 Saat riang Anwar Ibrahim bersama madu-madunya

Masih belum terlambat rasanya untuk wak sampaikan ucapan TAHNIAH kepada Anwar Ibrahim kerana anda telah dibebaskan dari pertuduhan meliwat bekas pembantunya. Selepas ini Anwar Ibrahim tidak perlu lagi berlari ke kedutaan Turkey sekiranya ada aduan polis yang dibuat terhadapnya pada masa akan datang.

Agak terkilan juga hati bila mendapat tahu keputusan Mahkamah Tinggi pagi semalam telah memutuskan bahawa Anwar Ibrahim dibebaskan dari pertuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan. Sudah 3 tahun wak mengikuti kes ini tanpa pernah rasa jemu walau bepuluh-puluh kali penangguhan yang dibuat oleh pihak Anwar sehingga pusingan pertama 'Judgement Day' berakhir semalam.

Wak yakin ada dari kalangan rakan seperjuangan yang salama ini begitu anti kepada makhluk Tuhan bernama Anwar, berasa sedikit kecewa dengan keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah kali ini, yang menyebelahi pihak Anwar Ibrahim.

Setelah ditinjau ulasan dan komentar dari mereka-mereka yang tidak bertauliah, ramai yang mempersoal kenapa kes perbicaraan liwat Anwar Ibrahim mengambil masa yang begitu lama untuk diselesaikan sedangkan apa yang berlaku semalam, pihak hakim hanya mengambil masa tidak sampai 3 minit untuk membuat keputusan membebaskan Anwar dari kesalahan meliwat. Apa yang lebih menghairankan, Anwar Ibrahim tidak pernah membela dirinya dangan membuat keterangan bersumpah di kandang tertuduh. tetap juga boleh terlepas. Adakah ini 'magic' yang ada dalam sistem perundangan negara yang hanya akan berlaku kepada insan-insan yang terpilih sahaja.

Wak berharap usaha dari pihak Saiful dan barisan peguam pendakwaraya tidak akan terhenti setakat di sini. Apa yang wak lihat, permainan masih belum tamat lagi. Diharap pihak pendakwaraya akan memfailkan permohonan rayuan secepat mungkin agar kes liwat Anwar Ibrahim, dapat dibicarakan semula. Jangan dibiar Sang Peliwat terlepas bebas di luar sana membuat apa sahaja, kerana dikhuatiri makhluk ini tak pernah insaf mencari mangsa untuk diliwat lagi.

Walau sedikit terkilan dengan keputusan yang telah dibuat oleh pihak hakim semalam. Wak dengan hati terbuka dapat menerimanya. Bebasnya Anwar dari pertuduhan liwat, tidak bermakna Anwar akan terlepas dari menjawab ius kes video lucah yang membabitkan sorang wanita warga China.

GAME IS NOT OVER YET!!



WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.