Selasa, 10 Januari 2012

Nasib Bukan Anwar Yang 'Meletup' Kalau Tidak Pasti Rakyat Akan Lebih Gembira

    9:12:00 PG   No comments


Wak J: Hasan Ali dah pesan jangan pergi, tapi kau orang tetap berdegil nak pergi juga. Tengok! Apa sudah jadi. Nasib lah tak ada yang 'arwah' semalam. Dah tak pasal-pasal Anwar al Juburi kena buat kenduri arwah 40 hari 40 malam untuk meraikan pembebasanya.

Wak bersimpati atas nasib malang yang menimpa mangsa yang terlibat dalam perhimpunan semalam. Inilah akibatnya kalu degil tak mahu mendengar nasihat. Setelah apa yang berlaku, jangan pula nak salahkan pihak lain. Sendiri mau ingat la brother....

 KUALA LUMPUR: “Letupan itu lebih kuat daripada bunyi mercun dan ia meletup betul-betul ketika empat orang yang berada depan saya berjalan berhampiran deretan kon lalu lintas yang sedia ada di situ,” kata Naraza Muda, 38.

Dia antara saksi kejadian letupan bom buatan sendiri yang menggemparkan perhimpunan dihadiri ribuan orang pada hari keputusan perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini, pagi semalam.

Naraza berkata, dia terus meniarap di atas jalan dan sebaik melihat keempat-empat orang tadi terbaring berdekatan kawasan letupan itu, dengan pantas dia mengalihkan mereka ke kawasan selamat sebelum polis yang berdekatan membantu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, lima cedera akibat tiga letupan yang dipercayai berpunca daripada bom buatan sendiri itu dan mereka dikenali sebagai Isaiah Jacob, 46; Tang Eng Chee, 48, Yeoh Min Kit, 27, Ng Kien Seng, 36, dan Johari Mansor, 21.


“Semua mangsa dibawa menaiki ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan mereka diberi rawatan sebagai pesakit luar,” katanya. SUMBER HARIAN METRO

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.