Rabu, 11 Januari 2012

Tiba Masanya Anwar Ibrahim Berdepan Dengan KONSPIRASI Rakyat

    6:29:00 PTG   1 comment


Pembebasan Anwar dari pertuduhan meliwat bekas pembantunya merupakan satu rahmat yang paling besar buat sistem Kehakiman Negara, pihak Kerajaan BN dan juga PM Najib. Tiada lagi laungan KONSPIRASI serta sistem Kehakiman yang CORRUPT kedengaran dari pihak Pembangkang.

Hampir kesemua media cetak dan elektronik yang wujud di muka bumi ini memainkan tajuk utama di akhbar serta lapuran berita mereka mengatakan sistem keadilan yang digunapakai di Malaysia adalah TELUS dan tiada campur tangan dari mana-mana pihak. Ini merupakan satu tamparan yang hebat buat parti Pembangkang dan penyokongnya.

Ada sesuatu perkara yang perlu kita renungkan di sini. Apakah yang akan terjadi sekiranya Saiful Bukhari dan Pendakwaraya mengemukakan rayuan mereka dan rayuan itu diterima oleh Mahkamah Rayuan sekaligus membuatkan perbicaraan liwat Anwar disambung semula hingga ke peringkat yang tertinggi.

Adakah sekali lagi teori KONSPIRASI akan dilaungkan oleh Anwar dan Pembangkang setelah seluruh media cetak dan electronik tanah air dan antarabangsa menggambarkan sistem keadilan telah kembali pulih setelah sekian lama persepsi negatif dilontarkan oleh pihak pembangkang.

Mungkinkah Anwar Ibrahim akan gila meroyan lebih hebat daripada sebelumnya jika keputusan kali ini mendapati Anwar Ibrahim benar-benar bersalah kerana melakukan perbuatan jenayah iaitu meliwat.

SEGALANYA MUNGKIN.....

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
1 ulasan:
Write comments
  1. saya juga berfikir sedemikian, kecuali jika saiful dilarang kemukakan rayuan.

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.