Sabtu, 18 Februari 2012

Beranikah Anwar Mengecam Media Milik Yahudi Kerana Memeprdajalkanya. Atau....

    12:01:00 PG   No comments


Wak J: Ramai yang sudah mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar Ibrahim dan Yahudi memang tidak boleh dipisahkan lagi, dibarat bagai isi dan kulit.

Anwar Ibrahim di sepanjang hidupnya sudah terlalu banyak termakan budi yang ditabur oleh Yahudi melalui pertubuhan sulitnya yang berselindung di sebalik nama demokrasi dan hak asasi. Kelihatan seperti sudah tiada jalan untuknya kembali.

Selepas Wall Street Journal, kini tiba pula giliran Jurusalem Post mengesahkan lagi kenyataan Anwan Ibrahim yang sebelum ini begitu mengambil berat terhadap isu keselamatan negara haram Israel.

Apa yang pelik dan menjadi tanda tanya ialah kenapa dan mengapa Anwar Ibrahim tidak mengecam laporan yang ditulis oleh media Yahudi ini seperti mana dia menuduh pihak media tempatan sengahaja memutar belit kenyataannya tepoh hari di dalam WSJ.

Antara Yahudi dan Nasrani, ada Anwar Ibrahim tersepit di tengah-tengahnya. Masak Anwar kali ini kerana rakan-rakan dalam Pakatan Pembangkang terutama dari Parti Islam Pas dah mula bimbang akan perkara ini. Nik Ajis sendiri pun dah mula naik malu dan bengang apabila ditanya oleh wartawan berkenaan isu sokongan terhadap negara haram Yahudi yang disuarakan oleh kepimpinan utama Pakatan Pembangkang.

Amat memalukan, tidak pernah lagi kita dengar dalam sejarah ketamadunan Islam sebuah Parti Islam sanggup bersekongkol dengan rakan kafirnya menyokong penubuhan negara haram Israel. Adalah lebih baik PAS dengan serta merta keluar dari Pakatan sebelum keadaan parti Islam itu akan jadi lebih busuk dan ditolak oleh orang Islam sepenuhnya.

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Akhbar terkemuka Israel, The Jerusalem Post menerusi penulisnya, Michael Ordman menyambut baik sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap segala usaha yang dapat menjamin keselamatan negara haram itu.

Ordman yang diiktiraf pemikirannya oleh Jerusalem Post kerana prihatin terhadap teknologi bagi menjamin kelangsungan Israel berkata, beliau secara peribadi gembira dengan kenyataan yang dibuat Ketua Pembangkang itu.

"Dari segi politik dunia, secara peribadi saya suka dengan berita bahawa Ketua Pembangkang Malaysia mengiktiraf Israel ketika ditanya sama ada Anwar bersedia membuka hubungan diplomatik dengan Israel," katanya.

Beliau berkata demikian sebagaimana dipetik dalam entri terbarunya bertajuk We have lift-off yang ditulis pada 6 Februari lalu, di laman web Jerusalem Post, http://blogs.jpost.com.

Ini bukan kali pertama 'lidah' Israel itu memuji Anwar kerana pada 20 Mac 2008, akhbar sama menerusi rencana bertajuk Anwar Ibrahim: Malaysia's Future Prime Minister?' turut menyanjung Ketua Pembangkang tersebut.

Pada 26 Januari lalu, akhbar The Wall Street Journal menyiarkan kenyataan kontroversi Anwar yang menyokong keselamatan Israel apabila berkata: "Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel."

Kenyataan itu mendapat kecaman pelbagai pihak tetapi Anwar menegaskan pendirian tersebut dibuat berdasarkan penyelesaian dua negara dalam isu Israel-Palestin, konsep yang ditentang Pas dan majoriti umat Islam. SUMBER UTUSAN MALAYSIA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.