Isnin, 27 Februari 2012

Kesan Radiasi Yang Dihasilkan Oleh Pakatan Haprak Lebih Merbahaya Kepada Rakyat Jika Dibiarkan Hidup Di Bumi Malaysia

    12:30:00 PTG   No comments


Dalam kehangatan cerita skandal seks yang melibatkan seorang ustaz dari PKR bersama seorang wanita yang masih lagi bergelar isteri orang, Pakatan Pembangkang melalui kenyataan yang dibuat oleh bakal Perdana Menterinya telah mengumumkan akan menutup loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng oleh syarikat Lynas Advanced Material Plant (Lamp) sebaik sahaja menawan Putrajaya.

Selain daripada itu juga pihak Kerajaan diberi masa selama 24 jam bagi menutup logi pemprosesan nadir bumi Lynas tersebut dan jika enggan berbuat demikian setelah tempoh masa yang diberikan tamat, pihak Kerajaan bakal berdepan dengan satu lagi Himpunan Hijau 3.0 yang akan diadakan secara besar-besaran

Apa yang dijanjikan oleh Pakatan Pembangkang ini serupa dengan janjinya yang terdahulu sebelum memenangi beberapa buah negeri pada PRU12 dan pada akhirnya janji itu hanya tinggal janji. Sebagai contoh, janji terhadap penduduk kampung Buah Pala di P.Pinang, yang mana mereka telah diberi jaminan akan mendapat hak ke atas tanah yang diduduki jika memilih Pakatan sebagai kerajaan negeri yang baru. Setelah menang, hak ke atas tanah ntah ke mana dan yang paling malang apabila dihalau keluar dari rumah sendiri.

Di Selangor, lebih kurang sama juga janjinya, yang berbeza cuma ia ditabur oleh sebuah parti politik yang menggunakan label Islam iaitu Pas. Parti Islam ini telah berjanji di hadapan seluruh umat Islam di Selangor, bahawa parti Islam itu akan menghapus dan merobohkan kilang arak yang terletak di Shah Alam sebelum ayam berkokok jika Pakatan berjaya menawan Selangor. Tetapi hingga ke hari ini sampai nak masuk pilihanraya umum yang baru, kilang air kencing setan itu masih tercongok di situ dan tidak terusik sedikit pun, malah kerajaan negeri Selangor yang ada hari ini telah menawarkan tapak baru untuk kilang arak tersebut diperbesar dan dipertingkat pengeluarnya.

Berhubung dengan isu Lynas ini, bagaimana mungkin sekiranya Pakatan Pembangkang menawan Putrajaya hendak menutup loji nadir bumi milik Lynas setelah berjuta-juta ringgit dilaburkan untuk projek tersebut. Sudah pasti kerajaan Pakatan akan berdepan dengan masalah dan tindakkan undang-undang kerana setiap projek yang dilaksana mempunyai terma dan syarat yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi.

Situasinya sama seperti janji Pas untuk merobohkan kilang arak di Shah Alam dalam menfesto pilihanraya yang lepas. Hingga sekarang usaha itu tidak berjaya kerana mereka sedar ia amat sukar dilakukan disebabkan oleh kekangan seperti yang disebutkan tadi. Untuk mengelak dari menjawab pertikaian orang ramai yang bertanya mengapa kilang arak masih tidak lagi dirobohkan, dengan mudah mereka memberi alasan bahawa lesen kilang arak tersebut diberikan oleh kerajaan BN. Tidak mustahil alasan yang serupa akan diberi tahu kepada rakyat setelah mereka gagal menunaikan janjinya

Oleh itu jadilah kita sebagai rakyat yang bijak dan berkebolehan untuk menilai. Rujuklah kepada mereka yang pakar dan bukanya mendengar hujah tolol yang keluar dari mulut orang politik. Segala jaminan telah diberikan oleh pihak kerajaan apa yang perlu dirisaukan. Mereka (pakatan) membantah projek ini kerana ia tidak dilaksana di negeri yang Pakatan perintah. Cuba pelaburan ini dibawa masuk oleh Khalid Gagap atau Lim Guan Eng ke negeri masing-masing, tidak ada seorang pun akan membantah kerana kesan baik dari projek Lynas ini ialah akan membantu menjana perkembangan ekonomi setempat.

Selama ini pun, pihak pembangkang mana pernah bersetuju dengan setiap tindakan yang diusahakan oleh kerajaan. Sebab itulah mereka cuba sedaya upaya untuk mengagalkan segala perojek yang dilakukan untuk membantu rakyat dengan apa jua cara sekalipun. Mereka khuatir sekiranya kerajaan BN berjaya dengan projek ini maka impian mereka untuk menawan Putrajaya akan berkubur selamanya.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.