Isnin, 27 Februari 2012

Tempoh Masa Sebulan..Cukup Masa Untuk Badrul Amin Bertaubat

    10:00:00 PG   1 comment


Wak J: Cukup sangat lah tu tempoh masa sebulan yang diberikan kepada Badrul Amin untuk bertaubat sambil menginsafi segala perbuatanya.

Semoga dengan kesempatan waktu yang diberi, Badrul Amin dapat menghayati semula segala zikir-zikir yang pernah dia dendangkan satu masa dahulu.

Jangan ulangi kesilapan yang sama, dan yang paling penting, jangan terlalu baik hati dengan menempahkan bilik hotel kepada isteri orang yang mempunyai masalah rumah tangga. Tengok! Apa dah jadi sekarang!




KUALA LUMPUR 26 Feb. – Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor hari ini mengarahkan Ketua Penerangannya, Dr. Badrulamin Bahron mengambil cuti selama sebulan sehingga nama beliau dibersihkan daripada tuduhan khalwat dengan isteri orang di Pahang semalam.

Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar dalam kenyataannya berkata, cuti rehat berkenaan bertujuan membolehkan Badrulamin melakukan kerja-kerja membersihkan nama beliau.

“Kerajaan negeri berharap cuti tersebut akan digunakan untuk menumpu perhatian kepada musibah yang sedang ditanggung oleh beliau,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, kerajaan negeri telah menerima penjelasan Badrulamin berhubung kejadian tersebut dan mendesak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) melakukan siasatan secara telus, adil dan profesional.

Langkah itu menurut sekretariat tersebut, bertujuan menjaga maruah Badrulamin sebagai Muslim sebagaimana yang dituntut dalam Islam.

Menurut sekretariat itu, sepanjang tempoh cuti tersebut, segala tugas Badrulamin sebagai Ketua Penerangan Selangor akan diambil alih sementara waktu oleh pihaknya yang diketuai Setiausaha Akhbar Menteri Besar.

“Justeru itu, kami menyeru semua pihak supaya tidak membuat andaian negatif dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berwajib,” jelasnya.

Badrulamin ditahan oleh JAIP selepas diberkas oleh suami wanita berkenaan kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di Kuantan awal pagi semalam. SUMBER UTUSAN MALAYSIA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
1 ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.