Selasa, 14 Februari 2012

Menolak Sokongan Terhadap Yahudi, Bukti Nik Ajis Belum 'Nyayuk' Lagi

    4:31:00 PTG   No comments


Wak J: Seperti orang yang terkejut dari tidur setelah kalimah syahadah diperdengarkan di sebelah telinganya. Itulah reaksi Nik Ajis berhubung isu laporan portal berita Wall Street Jurnal (WSJ) tentang sokongan terbuka Anwar Ibrahim terhadap isu keselamatan negara haram Israel.

Setelah berminggu-minggu isu sokongan terbuka Anwar Ibrahim terhadap negara haram Israel yang mendapat kecaman hebat dari pelbagai pihak termasuk di peringkat antarabangsa, baru hari ini ulama teroshor Parti Islam Pas itu menyatakan pendiriannya. Nasib belum terlambat.

Setelah melihat dan mendengar segala kecaman yang disurakan oleh masyarakat Islam berhubung isu sokongan terhadap kesalamatan negara Israel yang dinyatakan oleh Anwar dalam temubualnya bersama WSJ. Nik Ajis kelihatan seperti terpaksa menegur sahabat karibnya itu agar memperbetulkan segala kekecohan yang timbul.

'Ini tak boleh jadi'..Jika isu sokongan terhadap negara haram Israel yang dinyatakan oleh Anwar selaku rakan seketiduran Pas dalam Pakatan tidak ditangani secara berhemah, sudah tentu Parti Islam Pas turut terpalit sama menyokong pembentukan negara haram Israel, kerana setiap kenyataan yang keluar dari mulut pemimpin Pakatan dianggap sebagai mewakili gabungan parti itu. Nak-nak lagi gabungan haram ini telah sebulat suara untuk mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 7 sekiranya Pakatan menang besar PRU13 kelak.

Selama Pas bergabung dalam Pakatan Pembangkang bersama Pkr dan Dap, jarang kita dengar Nik Ajis mengur rakan-rakanya dalam Pakatan, malah setiap kenyataan yang dilontarkan oleh pemimpin Pakatan diterima bulat-bulat, walau ada kalanya kenyataan dibuat itu menyinggung perasaan umat Islam di Malaysia terutamanya.

Kali ini Nik Ajis dilihat agak berhati-hati dalam menegur Anwar Ibrahim. Kerana dia tahu, jika tersilap tegur susuk tubuh manusia 'anugerah tuhan' itu buruk padahnya. Silap hari bulan akan menerima nasib yang sama seperti Hasan Ali ditendang keluar dari Pas di atas arahan Azmin Ali.

Apa yang diharapkan ialah, semoga Nik Ajis tidak melupai atau terlupa akan gesaan yang dibuatnya hari ini meyuruh Anwar menarik balik kenyataan dalam WSJ berhubung isu negara haram Israel. Bukan apa, orang tua yang berumur ni faham-faham sajalah. Bila 'imam Mahdi' PKR berdehem sikit, mula rasa nak terkencing, selepas itu salahkan pula media kerana memutar belit kenyataanya. 2x5 Anwar Berahim juga orang tua ni. Bukan boleh percaya sangat pun.



PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya sebelum ini yang menyokong usaha melindungi keselamatan Israel.
Malah Ketua Pembangkang itu turut digesa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Wall Street Journal (WSJ) bagi membersihkan namanya.

"Saya selaku Mursyidul Am PAS dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di WSJ.

"Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau," katanya di sini, Isnin.
BACA SELANJUTNYA DI SINI

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.