Isnin, 13 Februari 2012

Bila 'Pewaris Nabi' Makan Guna Sudu Dan Garpu. Apa Tandanya Tu..Tebiat Nak Kojol?

    2:30:00 PTG   No comments

Maaf ler..Dua orang 'ulama' ni terlupa cara makan ikut sunnah Nabi

Wak J: Komen wak tentang situasi dalam gambar di atas, boleh diandaikan bahawa di gerai makan yang dikunjungi oleh 'ulama' Pas ini, tidak menyediakan air untuk mencuci tangan. Oleh kerana tangan lebai Pas terlalu 'kotor' ketika itu, terpaksalah dia orang mengunakkan sudu dan garpu untuk menjamu selera.

Ulama dianggap sebagai pewaris nabi, tapi bila si pewaris nabi ini (gambar) boleh terlupa atau tidak ikut sunnah Nabi yang selalu diajarkan kepada pengikutnya, nak panggil apa pula pada manusia yang macam ini. Adakah mereka layak untuk dijadikan contoh ikutan? Tepuk dahi, sebut aduiyaii...

Apa yang dijelaskan oleh Mufti Perak di bawah ini, amat mudah untuk kita fahami. Kepada sesiapa yang tidak faham maksud yang cuba disampaikan, memang sah anda sudah 'nyayuk' sebelum sampai usia seperti Nik Ajis...hehehe..

Selepas ini. diharap tiada kedengaran lagi saranan atau desakan menyuruh Nik Ajis undur dari jawatannya atau menghalang hasratnya untuk masuk bertanding lagi pada PRU akan datang. Adalah sebaikya kita mendoakan supaya dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yang baik agar dia dapat menjadi Menteri Besar untuk tempoh masa 20 tahun lagi. Aminnnnn...


Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yakin Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih mampu untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13, menambah agar jangan mempersoalkan kelebihan Mursyidul Am PAS itu.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan sebelum ini mengumumkan akan menyertai pilihan raya umum ke-13 walaupun didesak berundur oleh Umno. Pemimpin veteran PAS berusia 81 tahun ini mula bertanding sejak pilihan raya umum 1967 dan mengetuai pentadbiran Kelantan selepas pilihan raya umum 1990 sehingga kini.

Menurut Harussani, Nik Aziz (gambar) masih mampu untuk meneruskan perjuangan Islam walaupun dianggap “sudah terlalu uzur” untuk terus melibatkan diri dalam arena politik negara. “Masalah perjuangan tidak kira umur, kalau beliau (Nik Aziz) mampu untuk teruskan mengapa perlu dihalang?

“Walaupun beliau lebih berusia daripada saya tetapi saya sudah tidak mampu untuk menyertai politik...saya juga tidak larat untuk melawat kawasan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Justeru Harussani menegaskan semua pihak termasuk pemimpin Umno tidak mempersoalkan kesediaan Nik Aziz untuk terus terlibat dalam politik dan pilihan raya umum ke-13. “Selagi beliau mampu (untuk berpolitik), itu terpulang kepada beliau,” katanya.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.