Mantop juga walau bini orang...Ya Ampunnnnn Ngucap..Ngucap...
Wak J: Apabila seorang wanita sanggup datang dari jauh semata-mata untuk bertemu Badrul Amin sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena. Mungkin tujuan Watiwani berbuat demikian untuk melepaskan rindunya yang sudah lama terpendam terhadap ostad pujaan...Cuma sekadar andaian je tau..hehehe
Apakah isteri sah Badrul Amin tidak tahu akan kehadiran Watiwani di hotel tempat mereka menginap. Sanggup ke isteri sah Badrul Amin itu menjadi saksi alibi kepada suaminya yang ditangkap khalwat bersama isteri orang apabila kesnya dibicarakan kelak.
Dengarnya sifat isteri sah Badrul Amin ini lebih kurang sama macam Wan Azizah juga. Tunduk dan taat setia kepada perintah suami. Betul ker..Kalau betul, sebijik sama macam dalam kisah drama di TV3 yang pernah ditanyangkan satu masa dulu bertajuk TAHAJJUD CINTA melalui lakonan mantap Eman Manan sebagai OSTAD...
Baca juga kupasan menarik dari SG RAPAT ONLINE di bawah ini
Adakah ini konspirasi apabila Watiwani membuat perjalanan yang agak panjang dari Rompin yang sejauh 150km semata-mata untuk bertemu dengan Badroamin, Adakah ini konspirasi UMNO?
Menurut keterangan saksi kepada Jabatan Agama Islam Pahang, Badrolamin menyewa bilik suite yang mempunyai ruang tamu dan bilik tidor. Watiwani sudah menghubungi Badrol lebih awal sebelum Badrol menempah bilik suite.
Semasa pintu dibuka Badrolamin sedang duduk di sofa ruang tamu sedangkan Watiwani berada dalam bilik tidur. Memanglah mereka tidak berada dalam lain-lain bilik tetapi bilik yang sama.
Bagaimana Watiwani yang tinggal di Rompin sanggup membuat perjalanan jauh hanya untuk bermalam bersama Badrolamin jika tidak ada perhubungan antara mereka untuk melakukan perbuatan jijik itu.
Menurut keterangan suaminya Isterinya membuat perhubungan sulit dengan Badrolamin apabila menyertai PKR dua tahun lepas. Pihak JAIP perlu menyiasat kenapa Watiwani perlu melakukan perjalanan yang begitu jauh untuk bertemu dengan Badrolamin?
Badrolamin cuba meraih simpati dengan mengatakan dia akan meninggalkan PKR dan politik, itu semua mainan politik pemimpin PKR sama seperti Elizabeth Wong ketika gambar bogelnya disebar diinternet. Pada ketika itu semua pembangkang menuduh UMNO tetapi bila Helmi Malik buat pengakuan, gambar itu disebarkan oleh pemimpin PKR sendiri.
Perkara pokoknya sekarang adalah khalwat samada perangkap, konspirasi atau sengaja nak buat semua tidak timbul, yang penting sekarang jika ada bukti Badrolamin berkhalwat, dia perlu didakwa.
Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..