Ahad, 25 Mac 2012

Anwar Berang Bila Najib Semakin Rancak Bantu Rakyat Time Nak Tiba PRU13

    10:49:00 PTG   No comments


Ketua Pembangkang Pakatan Haprak, Anwar Berahim berang melihat tingkah laku Najib Razak sejak kebelakangan ini gemar menghulurkan bantuan kepada Rakyat apabila musim pilihanraya sudah semakin hampir.

Sambil menggambarkan Najib Razak sebagai seorang pemimpin yang hipokrit, Anwar Berahim memuji kehebatan kepimpinan Pakatan Haprak walau dalam masa yang singkat mampu mentadbir negeri yang diperintah dengan baik.

Bantuan tak seberapa dan ala kadar yang diberikan kepada rakyat di bawah negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Haprak cuba digambarkan Anwar sebagi satu sumbangan paling besar dan paling bermakna jika hendak dibandingkan dengan sumbangan yang diberikan oleh kerajaan BN setelah lebih 50 tahun memerintah.

Ketika Anwar dalam BN dan menjawat jawatan Tim. Perdana Menteri dahulu apa sumbangan terbesar yang dia pernah berikan kepada Rakyat selain dari sibuk merompak harta Rakyat dan mengkayakan kroni-kroninya.

Lihat sahaja contoh terdekat kawasan Parlimen Permatang Pauh, kampung halamanya sendiri. Selama menajadi menteri semasa dalam kerajaan dan menjadi wakil rakyat dahulu apa pembaharuan dan kemajuan yang dibawa ke sana. Tak ada satu pun yang dibawa melainkan turun ke kawasan untuk menjual temberang.

Katanya lagi, Rakyat sekarang sudah dapat membezakan antara pemerintahan BN dan Pakatan. Memang betul, rakayat sudah melihat bertapa korupnya pemrintahan Pakatan Haparak yang diberi amanah mentadbir negeri sepanjang empat tahun memerintah. Cotoh terbaik di negeri Selangor, pelbagai penyelewengan berlaku dari pasir hingga ke sampah. Itulah kelainan pemerintahan Pakatan Haprak yang cuba digambarkan oleh Anwar Berahim.

Anwar sudah mula kelihatan gelabah apabila melihat sokongan rakyat kini sudah mula beralih arah. Melihat keihlasan Najib benar-benar ingin membantu Rakyat seperti arwah bapanya dahulu, membuatkan Anwar terpaksa mencari jalan untuk menyedapkan hati para penyokongnya dengan memberi harapan bahawa BN tidak akan berjaya menawan kembali negeri yang diperintah Pakatan Haprak sekarang ini.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.