Isnin, 26 Mac 2012

Assmin Eli Sanggup Beli Tilam Mahal Demi Keselesaan Anwar Ketika Bersama Isterinya

    10:00:00 PG   No comments

 

Sebarang proses pengubahsuaian ruang pejabat yang melibatkan kos sudah tentunya ia memerlukan kelulusan dari jabatan perbendaharaan negeri dan Menteri Besar. Ia tidak boleh dilakukan dengan cara sesuka hati macam harta mak bapak sendiri.

Walaupun Khalid Gagap sudah tidak sebulu lagi dengan Hasan Ali, namun dalam isu dakwan yang dilemparkan oleh Azmin tentang pembaziran duit rakyat ini, Khalid gagap terpaksa membela bekas exconya itu dengan menyatakan segala kos ubah suai pejabat tersebut adalah sah dan mengikut prosedur.


Khalid Gagap seperti sudah dapat menghidu gerak-geri Azmin Ali yang ingin menjatuhkan kredibelitinya sebagai Menteri Besar dengan menjadikan Hasan Ali sebagai kambing hitam. Jika Hasan Ali dituduh menyeleweng atau membazirkan duit rakyat, sudah tentunya Khalid Gagap sebagai MB akan terpalit juga kerana telah meluluskan peruntukan untuk kerja pengubahsuai tersebut.

Nampaknya taktik keji yang cuba dimainkan oleh Azmin untuk memperdajal Hasan Ali dan Khalid Gagap tidak menjadi apabila MB tampil memberi kenyataan media berkenaan tuduhan yang dilemparkan oleh Azmin

Azmin Ali sepatutnya terlebih dahulu sedar akan dirinya sebelum meleparkan sebarang tuduhan kepada pihak lain hendak lagi perkara itu melibatkan wang ringgit. Tolong jawab dulu segala kemusykilan orang ramai selama ini yang tertanya-tanya dari mana datangnya segala harta kekayaan yang dimiliki olehnya dalam sekelip mata sedangkan apa yang di ketahui ramai, Azmin Ali bukanlah sesiapa sebelum mengenali Anwar Ibrahim.

Kalau susah nak jawab pasal saham yang dimiliki. Jawab sahaja pertanyaan orang ramai  yang ingin tahu sangat kenapa Azmin Ali mampu membeli set bilik tidur yang mahal melebihi gaji bulananya sendiri? Untuk Anwar ka?


WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.