Khamis, 15 Mac 2012

Bekas Ketua Pemuda UMNO Terkincit Dalam Seluar Kena Balun Isu Yahudi Di Parlimen

    12:45:00 PG   No comments


Wak J: Walau ramai yang tidak suka akan menantu Pak Lah ini, namun aksinya ketika membalun ketua Pembangkang Pakatan secara anak jantan di Dewan Rakyat telah mencuri tumpuan ramai pihak terutama sekali dari Pembangkang. Kelam kabut juga media yang menjadi pencacai Anwar mempertahankan bosnya.

Apa yang ditunjukan oleh Ketua Pemuda UMNO ini di Dewan Rakyat lepas, harus diberikan kredit di atas keberanianya menghentam Anwar Ibrahim berhubung isu sokongan terhadap keselamatan negara haram Israel yang disuarakan oleh bakal Perdana Menteri Malaysia ke 7 Pakatan itu dalam laman portal berita.

Pertembungan antara Ketua Pemuda dan bekas Ketua Pemuda Umno ini tentunya memberi bekas kepada Anwar Ibrahim apabila dirinya dilabel sebagai pak yet atau talibarut Yahudi Zionis di dalam sidang Parlimen di sesi pembukaan sidang dewan.

Anwar Ibrahim, di dalam satu kenyataannya seperti yang dilapor oleh Keldaian Daily, telah cuba menutup malunya setelah teruk dihentam dengan mengimbas kembali nostalgia zaman kegemilanganya ketika bersama UMNO semasa menjadi Ketua Pemuda dan Menteri Belia & Sukan.

“Saya tidak pernah sepanjang menjadi Ketua Pemuda Umno dan Menteri Belia & Sukan menulis surat kepada mana-mana Perdana Menyeri Israel.

“Dalam sejarah politik Umno, saya adalah Pemuda Umno pertama yang mengadakan demonstrasi menentang Israel. Lebih awal lagi pada tahun 1973 juga diadakan bantahan, iaitu ketika perang Arab -Israel,” kata Anwar.


Itulah Anwar Ibrahim bila berada dalam keadaan tersepit. Akan cuba mengaitkan apa jua cerita apabila pekung dirinya drinya sejak sekian lama menjadi talibarut Yahudi berbau dan dihidu oleh orang ramai.

Dalam dia memburuk-burukan nama UMNO dan kerajaan BN bersama pemimpin Pakatan Pembangkang yang lain. Parti dan Kerajaan yang dihina itu jugalah dijadikan perisai untuk dirinya bagi mengaburi mata penyokong tegar yang selama ini tidak mengetahui bahawa dia adalah penjilat tegar buntut Yahudi  nombor wahid di Asia Tenggara selepas Singapura.


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tersentak apabila menerima serangan balas daripada seorang penyokong kerajaan yang membuktikan bahawa sokongan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terhadap usaha melindungi keselamatan negara Israel adalah bersifat mutlak dan bukannya bersyarat.

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) (gambar) ketika mendedahkan perkara itu berkata, ia jelas kerana maksud contingent (syarat) oleh The Wall Street Journal (WSJ) bukan merujuk kepada sokongannya melindungi keselamatan Israel, sebaliknya merujuk kepada pertanyaan sama ada Anwar mahu mengiktiraf negara Israel atau sebaliknya.

Menurut beliau, kenyataan Anwar seperti disiarkan di WSJ pada Januari lalu terbahagi kepada dua iaitu pertama mengenai sokongan Ketua Pembangkang itu terhadap usaha melindungi keselamatan Israel dan kedua, pengiktirafan negara Israel. SUMBER UTUSAN MALAYSIA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.