Apa pula pandangan masyarakat sekeliling tentang hal ini jika mereka lihat ada ibubapa bersama anak kecilnya sanggup datang dari jauh beratur semata-mata untuk berjumpa dengan Tok Guru agar anak mereka 'diberkati' supaya jadi insan yang berguna pada masa hadapan.
Anak kecil diumpama sebagai kain putih, ibubapa lah yang mecorak kehidupan anak mereka samada ke arah kebaikan atau sebaliknya. Tak guna kalau ambil berkat Tok Guru ketika lahir sekiranya ibubapa sendiri gagal mendidik anak mereka dengan sempurna.
Apa yang paling ditakuti ialah perbuatan ini akan menjadi amalan dan tabiat orang Islam, asal mendapat ank kecil sahaja perlu dibawa berjumpa Tok Guru untuk 'diberkati'. Bila amalan ini sudah menjadi kebiasaan dikhuatiri masyarakat akan beranggapan bukan sahaja Allah SWT dan Nabi SAW boleh memberi syafaat kepada manusia tapi seorang Tok Guru yang sanggup menerima pertolongan syaitan pun mampu juga.
Malaysia Boleh!
Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..