Rabu, 28 Mac 2012

Bertudung Tapi Masih Lagi Hendak Berbohong..HamPAS Betul!

    10:00:00 PG   No comments


Azmin Ali semestinya sudah boleh tersenyum riang kerana telah berjaya menghuru-harakan seluruh barisan exco kerajaan negeri Pakatan Selangor di bawah kempimpinan seteru utamanya dalam PKR iaitu Khalid Gagap.

Selepas Hasan Ali berjaya menepis segala tuduhan yang dilempar oleh Azmin dengan menghalakan pula tuduhan teresebut kepada seorang exco wanita yang juga merupakan Adun di kawasan Selat Kelang telah menyebabkan keadaan semakin kucar-kacir.

Apabila ada yang tidak mahu mengaku menerima peruntukan besar bagi melakukan kerja-kerja pengubahsuaian pejabat masing-masing, maka bermulalah aksi tuduh menuduh antara exco dan bekas exco kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Demi nak menyembunyikan perasaan gelabahnya itu walau peluh jantan sudah mengalir seperti air sungai di sebalik tudung labuh yang dipakai, langkah terakhir yang biasa diguna pakai oleh pemimpin Pakatan Rakyat untuk mengelak spekulasi dari terus berpanjangan ialah dengan membuat penafian mulut melalui kaedah berbohong.

Halimah dalam jawapanya di Haprakdaily telah menafikan dakwaan yang dilontar oleh Hasan Ali kepadanya dengan menganggap ia sebagai tuduhan liar dan berniat jahat.

Adun Selat Kelang itu juga turut mempelawa para wartawan datang ke pejabatnya sambil membawa kamera untuk melihat sendiri keadaan susana di pejabatnya

Menurut tulisan di Selangor Daily.com yang merujuk kepada sumber dalamanya yang berada di dalam bagunan pentadbiran Kerajaan Selangor, jumlah peruntukan sebanyak RM 349 ribu telah diluluskan untuk kerja-kerja pengubahsuaian pejabat Halimah yang berada di tingkat 7.

Sehingga kini, sebanyak RM80~90 ribu telah dibayar kepada kontarktor yang dilantik untuk melakukan kerja-kerja pengubahsuaian. Baki selebihnya akan digunakan apabila kerja-kerja ubahsuai disambung semula.

Tindak tanduk Halimah Ali yang mewakili muslimah Parti Islam Pas kini dipersoal rakyat kerana sudah mula pandai berbohong berhubung isu peruntukan ubahsuai ruang pejabat yang menelan belanja ratusan ribu ringgit wang rakyat.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.