Selasa, 27 Mac 2012

Jangan Dibangga Dengan Air Percuma..Jika Bekalan Air Selangor Tidak Mencukupi

    5:00:00 PTG   No comments


Wak J: Jika benar seperti yang dijangka oleh ramai pihak bahawa negeri Selangor bakal berdepan dengan krisis air yang sangat meruncing sekiranya langkah awal tidak diambil sebelum 2014, maka rakyat harus memikirkan lebih awal apa yang perlu dibuat bila tibanya PRU13 nanti.

Air adalah salah satu daripada keperluan asas terpenting dalam kehidupan. Sekiranya tiada bekalan air bersih yang mencukupi, banyak perkara atau rutin seharian yang biasa kita lakukan tidak dapat berjalan dengan sempurna.

Bagi sektor industri yang ada terlibat dengan air ini pasti akan terjejas sekiranya keperluan mereka terhadap air tidak mencukupi. Tentunya ia akan menyebabkan berlaku pelbagai masalah dan kerugian besar yang bakal ditanggung oleh pihak industri sekaligus mengganggu kerancakan perjalanan sistem ekonomi rakyat Selangor.

Tabiat gemar berpolitik dalam apa jua isu yang sering dimainkan oleh pemimpin Pakatan Selangor perlu dihentikan segera demi kepentingan rakyat. Sikap suka menuding jari kepada pihak lain yang diamalkan oleh pemimpin Pakatan Selangor di atas kegagalan mereka dalam mentadbir urus negeri perlu diubah demi kesejahteraan rakyat.

Jaminan yang diberikan oleh Menteri Besar, bahawa bekalan air di Selangor mencukupi sehingga 2014 hanyalah  jaminan kosong yang keluar dari mulutnya sedangkan jalan penyelesaian terhadap krisis air yang bakal melanda negeri Selangor masih lagi menjadi teka-teki hingga ke hari ini.

Rakyat Selangor perlu ingat, air kini bukan lagi boleh dianggap sebagi sumber yang tidak terhad walau hidup kita sentiasa di kelilingi air. Dalam konteks kehidupan, air bersih amat perlu dan penting. Sebarang gangguan bekalan air pasti akan merumitkan lagi keadaan hidup kita.


KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Selangor digesa supaya berhenti daripada terus mempolitikkan isu penstrukturan semula tarif air di negeri berkenaan ekoran pembinaan projek Loji Rawatan Air Langat 2.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, kerajaan Selangor tidak seharusnya menyalahkan kerajaan Pusat dalam isu berkenaan kerana kadar tarif air ditentukan sendiri oleh kerajaan negeri.

Malah tegas beliau, kerajaan negeri turut bertanggungjawab dalam meluluskan pembinaan projek loji rawatan air itu oleh kerajaan Pusat.

"Jangan politikkan kadar tarif air, ia tidak ada kaitan dengan kerajaan Pusat, semua caj air ditentukan sendiri oleh kerajaan negeri dan bukan kerajaan Pusat.

"Saya tidak ada kuasa untuk tentukan kadar harga, ia (penstrukturan kadar air) bukan lagi isu. Saya minta kerajaan negeri beri kelulusan segera kepada kami untuk laksana projek loji air ini demi kesejahteraan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di sini, Isnin.

Baca seterusnya di Mstar Online

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.