Jumaat, 16 Mac 2012

Campur Tangan Yahudi Dalam Politik Negara, Jangan Tunggu Dah Jahanam Baru Nak Bertindak!

    10:30:00 PG   No comments


Wak J: Pihak KDN perlu mengambil langkah proaktif untuk menagani isu campur tangan kumpulan pro Yahudi di dalam kancah politik negara. Jika ia tidak dibendung  dengan cara berkesan, pasti akan mengundang petaka paling buruk dalam sejarah sekiranya agenda atau unsur zionis ini dibiarkan hidup subur dan diamalkan oleh pihak tertentu.

Sudah banyak pendedahan dibuat, segala bukti-bukti yang menunjukkan PKR terlibat dengan kumpulan pro Yahudi ini sudah didedahkan sejak dari awal lagi sebelum Anwar Ibrahim secara terang-terangan tanpa rasa malu dan bersalah terhadap rakyat Palastin dan umat Islam dengan menyatakan sokongan terhadap keselamatan negara haram Israel.

Diharap pihak KDN di bawah kendalian Hishamuddin tidak bersifat lembik-lembik lagi berhubung soal keselamatan negara. Jangan tunggu maklumat disuap masuk ke mulut atau rakyat sendiri bertindak barulah terhegeh-hegeh hendak membuat penyiasatan, nanti semuanya terlambat.

Kuasa kini di tangan KDN, tidak ada apa yang hendak ditakutkan dengan parti milik keluarga Anwar Ibrahim ini. Rakan karib Anwar sendiri yang pernah bersama PKR sewaktu dulu telah mengesahkan memang ada unsur-unsur Yahudi meresap masuk ke dalam parti politik yang menggunakan lambang mata dajal itu.

KDN, tolonglah ambil iktibar dari peristiwa-peristiwa yang berlaku di timur tengah, di mana keadaan negaranya ada yang huru-hara dek kerana sentuhan tangan-tangan ghaib Yahudi yang berselindung di sebalik badan-badan NGO yang memperjuangkan demokarsi ala barat serta hak kebebasan membuat apa sahaja.

KUALA LUMPUR 15 Mac - Kementerian Dalam Negeri (KDN) didesak supaya bertindak tegas dan segera bagi menghentikan segala bentuk bantuan dan campur tangan kumpulan pro-Yahudi terhadap pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir (gambar) berkata, adalah sesuatu yang malang apabila kementerian itu masih gagal menangani perkara itu sedangkan campur tangan kumpulan Yahudi dikesan sebelum 2004 lagi.

Menurut beliau, pihak berkuasa perlu mengambil iktibar daripada kemusnahan dan perang saudara di negara Arab akibat percaturan tangan-tangan ghaib Yahudi yang berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa.

"Campur tangan kumpulan pro-Yahudi dalam bentuk latihan, kewangan dan teknikal terutamanya dalam PKR bukan perkara baru. Ia telah berulang kali didedah dan diakui sendiri bekas-bekas pemimpin PKR sehingga mereka menang besar pada 2008.

SUMBER UTUSAN MALAYSIA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.