Selasa, 27 Mac 2012

Hampir Semua Exco Pakatan Selangor Terlibat Dalam Penyelewengan Duit Kerajaan Negeri

    10:00:00 PG   No comments


Dari sehari ke sehari, Pakatan Rakyat semakin tidak senang duduk. Pelbagai perkara busuk yang selama ini cuba disembunyikan oleh kepimpinan Pakatan, kian terburai dan terdedah. Para pemimpin Pakatan yang terlibat pula semakin kuat melatah dan kelihatan semakin kelam-kabut untuk menutup onar yang telah mereka lakukan.

Hampir tidak ada seorang pun pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor yang bersih seiring dengan slogan dan retorik yang mereka laungkan sebelum ini. Sebaliknya pendedahan menunjukkan para pemimpin utama Pakatan Rakyat Selangor saling berkait dan terkait dalam penyelewengan, skandal selain ketidakupayaan menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka.

Bermula dengan Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor yang sekarang ini merupakan Exco Agama Islam Selangor sehinggalah kepada pemimpin-pemimpin kecil PKR yang lain, kepincangan terlalu ketara berbanding kesempurnaan yang diretorikkan.

Azmin Ali dalam usahanya untuk memalukan Hasan Ali telah mendedahkan bagaimana bekas Exco Agama Islam, Adat Istiadat Melayu dan Infrastruktur Awam itu melakukan ‘pembaziran’ dengan pengubahsuaian pejabat yang menelan perbelanjaan lebih RM300,000. Malah dia turut mendakwa Hasan Ali juga telah menggunakan dana lebih setengah juta ringgit untuk menganjurkan sebuah persidangan.

Mungkin sekali imbas, ianya kelihatan seperti satu cucukan terhadap Hasan Ali, terutama selepas Hasan Ali membalunnya dalam Sidang DUN beberapa hari lepas, tetapi kalau diperhatikan secara halus, maka dapatlah kita melihat bagaimana Pakatan Rakyat menguruskan wang rakyat di Selangor seolah-olah wang rakyat itu adalah peninggalan pusaka keturunan datuk nenek mereka.

Ketika Hasan Ali berada dalam kumpulan Pakatan Rakyat, mulut Azmin Ali tidak pula terbuka sekalipun Sidang DUN sudah beberapa kali dijalankan semenjak Pakatan Rakyat mengambilalih Selangor dari tangan UMNO-BN. Dan yang paling menarik, pendedahan yang dibuat oleh Azmin Ali adalah berdasarkan kepada Laporan Audit tahun 2010. Dengan kata lain, Azmin Ali terpaksa mengambil masa selama lebih 2 tahun untuk melakukan pendedahan dan hanya selepas Hasan Ali tidak berada dalam barisan Exco lagi.

Azmin Ali secara tidak langsung telah mendedahkan bahawa Pakatan Rakyat di Selangor telah melakukan pecah amanah yang sangat besar. Bagaimana pula dengan laporan 2010 dan laporan 2011? Kalau tahun 2009, Hasan Ali seorang sahaja melakukan pembaziran, amat mudah untuk mengatakan, Exco-Exco yang lain, termasuklah Menteri Besarnya juga melakukan pecah amanah dan penyelewengan yang maha dahsyat. Dek kerana itulah, mereka tidak berani bercakap, mendedahkan mahupun bersuara tentang pembaziran yang telah dilakukan oleh Hasan Ali kerana masing-masing sentiasa menjga periuk nasi mereka.

 Baca seterusnya di Selangor Daily

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.