Jumaat, 9 Mac 2012

Pakatan Pembangkang Cemas Bila Najib Batalkan Skim SBPA

    10:00:00 PG   No comments


Pakatan Pembangkang kini hilang lagi satu punca atau modal untuk pilihanraya akan datang. Pengumuman Najib Razak berhubung pembatalan skim SBPA ini telah merencatkan perjalanan Pakatan Pembangkang untuk menawan Putrajaya.

Sejak akhir-akhir ini, Najib Razak telah mengorak bebrapa langkah ke hadapan bagi membetulkan segala idea-idea tolol yang dijana dari otak para penasihat yang ada di sekelilingnya.
Pembatalan skim SBPA ini membuktikan bahawa setiap denyut nadi dan suara rakyat didengari. Pakatan Pembangkang terpaksa buat-buat tenang kerana apa yang mereka harapkan agar Kerajaan melaksanakan skim tersebut akhirnya tidak menjadi kenyataan.

Bagi menyembunyikan rasa cemas dari dihidu oleh penyokonag tegarnya, maka keluarlah cerita Najib panik hingga terpaksa membatalkan skim SBPA ini kerana ditakuti akan kehilangan undi.

Walau apa pun gambaran yang diberikan oleh Pembangkang berkenaan situasi ini, tindakkan yang diambil oleh Najib ini adalah tepat dan masih belum terlambat untuk diperbetulkan. Sudah tentu dengan pembatalan skim ini telah melegakan hati ramai pihak.

Hanya hati penyokong dan pemimpin Pakatan Pembangkag sahaja tidak merasa tentaram sekarang ini kerana apa yang telah dilakukan oleh Najib sejak kebelakangan ini dalam meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat telah membuatkan peluang Pakatan Pembangkang menang pada PRU13 yang bakal berlaku bila-bila masa kelihatan gelap dan kusam.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.