Sabtu, 10 Mac 2012

Si Gagap Boleh Jadi Bisu Jika Bukti Penyelewengan Tender Didedahkan

    12:24:00 PG   No comments


Wak J: Khabar angin yang sedang bertiup keluar dari pejabat Menteri Besar Selangor ada memberitahu, kesemua orang kanan Khalid Gagap kini di arah mengumpul segala dokumen dan maklumat penting yang berkaitan dengan projek runding terus kerajaan Selangor untuk di 'modify' sebelum dibentangkan pada sidang DUN akan datang bagi menjawab segala dakwaan yang dilontarkan oleh Noh Omar.

Jika benar seperti apa yang dikhabarkan dari pejabat Menteri Besar itu, maka sohehlah dakwaan yang dikemukakan oleh Noh Omar bahawa memang berlaku penyelewangan harta rakyat melalui tender runding terus yang dikawal oleh kerajaan Negeri Pakatan Selangor.

Tidak lena tidur malam dibuatnya kerana terpaksa memikirkan apakah bukti yang ada dalam simpanan Noh Omar.  Semoga Khalid Gagap tidak berpura-pura menjadi bisu apabila disuruh menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh barisan pembangkang negeri Selangor apabila sidang DUN bermula nanti.

 Lagi pendedahan di Ocean 13

TANJONG KARANG: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendakwa beliau mempunyai cukup bukti untuk menunjukkan kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR telah memberikan projek secara rundingan terus dan bukannya menerusi tender.

Katanya, beliau mempunyai senarai kontrak-kontrak berkenaan dan akan mendedahkannya kepada umum pada waktu yang sesuai.

Noh membuat dakwaan itu sebagai merujuk kepada dakwaan editor portal "Malaysia Today" Raja Petra Kamaruddin mengenai perkara itu baru-baru ini.

"Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, dokumen mengenai kontraktanpa tender yang diluluskan kerajaan negeri Selangor akan dibentangkan padasidang Dewan Undangan Negeri pada 19 Mac. "Sehubungan itu, saya mahu lihat sama ada dokumen yang dikemukakan itu adalah sama seperti yang ada pada saya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sebuah sekolah dekat sini, Jumaat.

Raja Petra berkata, sekiranya kerajaan negeri menafikan dakwaannya itu, beliau akan menyiarkan butiran kontrak berkenaan dalam blog beliau atau membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam perkembangan lain, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyelar Jawatankuasa Pemilih Kecekapan, Akauntabiliti dan Ketelusan Selangor (Selcat) kerana tidak dapat membentangkan hasil inkuiri awam ke atas tiga syarikat milik kerajaan negeri pada sidang Dewan Undangan Negeri akan datang.

Beliau berkata, anggota Dewan Undangan Negeri telah tidak diberikan ruang yang cukup untuk membahaskan banyak isu yang dibangkitkan semasa pendengaran awam itu.

Selcat telah menjalankan inkuiri ke atas Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), anak syarikat kerajaan negeri Selangor dan pemegang konsesi perlombongan pasir; cabang pendidikan Yayasan Selangor dan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS). - BERNAMA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.