Selasa, 13 Mac 2012

PAS Kedah Semakin Celaru Setelah Menteri Besar Terpaksa Dipandu

    8:30:00 PTG   No comments

Wak J: Pas Kedah terpaksa dipandu oleh lima ekor Beruk bagi memastikan kelancaran perjalanan urus tadbir di negeri tersebut.

Wujudnya jawatankuasa Pemandu yang dianggotai oleh lima ekor lebai kera Pas yang terpaksa di import dari luar ini, telah membuktikan bahawa Pas semamangnya tidak layak menjadi pemerintah.

Inilah akibatnya jika golongan ulamak mula sibuk memikirkan hal-hal keduniaan melebihi hal-hal agama yang sepatutnya menajadi tanggunjawab mereka sebagai penasihat kepada pemerintah atau dikenali sebagai golongan 'umarak'


ALOR SETAR: Peranan jawatankuasa pemandu yang ditubuhkan PAS pusat bagi memastikan pelaksanaan manifesto PAS Kedah membuktikan bahawa kerajaan negeri Kedah yang diterajui parti itu gagal menunaikan janji yang disenaraikan dalam manifesto parti berkenaan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata apabila melihat senarai jawatankuasa berkenaan serta skop peranan mereka, beliau tidak melihat ada tindakan serius menyelesaikan keadaan, tambahan lagi jawatankuasa itu dianggotai 'pemandu' dari luar yang tidak memahami selok-belok politik Kedah.

"Benarlah seperti Barisan Nasional (BN) sebut sebelum ini PAS Kedah gagal menunaikan janji manifesto sehingga jawatankuasa berkenaan perlu memantau kerajaan negeri supaya dapat melaksanakan apa yang dijanjikan.

"Apabila PAS mahu memantau kerajaan PAS supaya melaksanakan manifesto, mereka mengesahkan keresahan rakyat tentang kegagalan PAS Kedah mentadbir negeri dengan baik," katanya di sini, Selasa.

Beliau mengulas pengumuman PAS semalam tentang penubuhan jawatankuasa pemandu yang dianggotai lima pemimpin PAS diketuai Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Halim Abdul Rahman.

Antara peranan jawatankuasa berkenaan memberi nasihat kepada kerajaan PAS Kedah tentang pelaksanaan manifesto Pas.Ahmad Bashah berkata jawatankuasa pemandu itu tidak lebih hanya sandiwara politik bagi mengaburi mata pengundi seolah-olah pertelingkahan dalaman PAS Kedah sudah selesai.

"Saya juga hairan dengan perubahan peranan, awalnya mereka berkata menasihati pentadbiran kerajaan PAS Kedah, sekarang mereka berkata memastikan pelaksanaan manifesto pula," katanya sambil menegaskan jawatankuasa itu sebenarnya tidak perlu ditubuhkan.

"Rata-rata rakyat Kedah menolak tindakan PAS menubuhkan jawatankuasa mengawal kerajaan negeri, malahan saya difahamkan dalam PAS sendiri ada yang menolak tindakan menubuhkan jawatankuasa berkenaan," katanya.

Jawatankuasa pemandu itu ditubuhkan PAS pusat susulan krisis dalaman kerajaan negeri Kedah sebelum ini yang menyaksikan dua orang Exco menolak untuk dilantik semula. -BERNAMA

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.