Khamis, 8 Mac 2012

Pakatan Pembangkang Bimbang Malaysia Kekal Selamat Hingga Ke Hari Ini

    11:00:00 PTG   No comments


Wak J: Di bawah pemerintahan kerajaan BN, Malaysia diktiraf sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara untuk dikunjungi atau ingin melakukan sebarang urusan lain.

Berbeza dengan negeri yang ditadbir  oleh Pakatan Pembangkang contohnya di Kelantan. Negeri Serambi Mekah itu telah bebrapa kali mendapat pengiktirafan atau  menjadi juara kepada MASALAH SOSIAL di antara negeri-negeri yang ada di Malaysia.

Sudah pasti berpinar-pinar biji mata penyokong dan pemimpin Pakatan Pembangkang setelah membaca laporan yang dikeluarkan oleh Indeks Keamanan Dunia ini. Impian mereka inign melihat keadaan Malaysia berada dalam keadaan tidak stabil punah.

Dakwan penyokong pembangkang yang selama ini sering menggambarkan bahawa keadaan Malaysia tidak selamat di bawah kerajaan Barisan Nasional nyata sama sekali meleset. Dengan pengiktirafan ini juga telah membuatkan seluruh pencacai Pakatan Pembangkang hilang modal berhujah di laman sosial apabila isu ini dibangkitkan.

Tahniah kepada pihak Kerajaan Malaysia kerana sentiasa mengambil berat akan keselamatan serta keselesaan rakyatnya agar dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

PUTRAJAYA: Malaysia diiktiraf negara paling selamat di Asia Tenggara dan ke-19 di dunia menerusi laporan Indeks Keamanan Global (GPI) 2011, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, ia juga sekaligus membuktikan kesungguhan, komitmen dan kerjakeras semua pihak khususnya pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi-agensi berkaitan.

"Ia termasuklah komitmen sukarelawan polis terlatih dari Angkatan Relawan Rakyat (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Beliau turut melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan PDRM dan agensi-agensi berkaitan khususnya dalam memastikan rakyat di negara ini dapat hidup dalam keadaan selamat, aman dan tenteram.

Selain itu katanya, pada tahun lepas, jenayah indeks keseluruhan turut mencatat penurunan sebanyak 11 peratus berbanding tahun 2010, melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu lima peratus.

Sementara indeks jenayah jalanan pula mencatat penurunan sebanyak 40 peratusberbanding tahun 2009, iaitu selari dengan sasaran yang ditetapkan.

Sehubungan itu, KDN akan terus komited untuk mengekalkan kedudukan itu pada tahun ini dengan melaksanakan dua strategi iaitu PDRM akan menambah bilangan anggota dan pegawai polis seramai 14,739 untuk melaksanakan aktiviti rondaan khususnya di empat negeri panas iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

Hishammuddin berkata, bagi negeri lain yang bukan dalam kategori kawasan panas, seramai 24,000 anggota dan pegawai polis tambahan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) masing-masing akan ditempatkan.

Strategi kedua pula, katanya, ialah memperhebatkan program 'Community Policing' dengan melibatkan penyertaan anggota masyarakat termasuk persatuan penduduk dalam program-program pencegahan jenayah.

Beliau berkata, usaha itu termasuk melaksanakan program '4-Personnel Patrolling Team' di empat negeri kawasan panas serta di Sabah dan Sarawak.

"Menerusi program itu anggota polis akan ditugaskan bersama sukarelawan polis dari Rela dan JPAM dalam melakukan aktiviti rondaan secara serentak di kawasan-kawasan tertentu untuk mengurangkan kadar jenayah sekali gus memastikan masyarakat merasai kehadiran dan penugasan polis," katanya. - BERNAMA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.