Khamis, 8 Mac 2012

Angkara SELCAT Bikin Khalid Gagap Semakin Kusut Kepala

    1:00:00 PTG   No comments



Wak J: Berani kerat kuku jika Khalid Gagap berani menunjukkan bukti bahawa selama ini punca Yayasan Selangor mengalami kerugian sebanyak RM500juta disebabkan oleh kerajaan BN ketika memerintah negeri itu waktu dahulu

Hingga ke hari ini pemimpin Pakatan Rakyat hanya berani dan kerap mengeluarkan pelbagai tuduhan yang melulu terhadap kerajaan BN tanpa disertakan dengan sebarang bukti yang konkrit.

Apa yang diamalkan oleh kerajaan negeri Pakatan Selangor ini, saling tak tumpah, sebiji atau sama dengan tabiat ketua penasihat ekonomi negeri yang bernilai seringgit iaitu Anwar Ibrahim berhubung isu Altantunya. Sampai sekarang bukti yang mendakwa Najib Razak terlibat masih lagi tidak nampak banyangnya.

Memang patut sangat Datuk Noh Omar bermain jual beli kucing (SELLCAT) dengan kerajaan Pakatan Selangor berhubung isu ini. Tak ada fedahnya jika segala bukti ditujukkan selagi Khalid Gagap bersama kerajaan negeri yang ditadbirnya gagal menjawab beberapa isu yang dibangkitkan seperti isu penyelewengan pasir dan juga tander kutipan sampah di Selangor.

Makin kusut dibuatnya


PUTRAJAYA: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mencabar kerajaan Selangor supaya menyegerakan 'audit forensik' berhubung dakwaan kononya Yayasan Selangor mengalami kerugian RM500juta ketika Barisan Nasional (BN) memimpin negeri ini.

Noh berkata dakwaan tidak berasas itu adalah taktik pimpinan kerajan pakatan pembangkang untuk menutup kelemahan dan penyelewengan RM1.4 juta dalam menganjurkan pelbagai kegiatan yayasan pada 2010,termasuk sambutan ulang tahunnya yang ke-40 sekaligus mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu lain.

"Nampaknya Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) tidak mahu menerima bahawa di dalam pentadbiran mereka terdapat kelemahan. Sebaliknya mereka nak timbulkan isu lama yang kononnya semasa pentadbiran BN, Yayasan Selangor rugi RM500juta.

"Saya cabar sekali lagi kepada Menteri Besar dan kerajaan negeri tolong segerakan buat forensik audit mengenai dakwaan itu. Ini satu dakwaan untuk menutup kelemahan negeri," katanya pada sidang media sebelum menyaksikan majlis menandatangani Perakuan Keputusan Makmal bagi Pembinaan Sekolah Perikanan Kampung Acheh, Lumut, Perak di sini, Rabu.

Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata, sejak mengambil alih pimpinan negeri ini, pakatan pembangkang hanya mencari kesalahan dan kelemahan pentadbiran BN lalu, tanpa menyiasat penyelewengan yang berlaku atau membawa pembangunan dan kemajuan kepada rakyat dan negari.

Noh juga mahu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memohon maaf secara terbuka kepada beliau kerana apa yang didakwa selama ini berhubung penyelewengan dalam Yayasan Selangor(YS) terbukti benar.

"Bila dakwaan saya benar, maka Menteri Besar kena sambut cabaran saya. Dia kena minta maaf secara terbuka khususnya kepada saya. Sebab saya selalu katakan bahawa setiap butiran yang saya berikan pasti ada fakta. Saya tidak cakap perkara yang tidak ada fakta," katanya.

Menurutnya penyalahgunaan wang YS itu terbongkar berikutan keengganan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menghadiri majlis jamuan yang menurut baginda ia adalah suatu pembaziran.

Pada Selasa, Pengurus Besar Yayasan Selangor(YS), Ilham Marzuki mengakui melakukan kesilapan kerana meluluskan peruntukan RM1.4 juta untuk kegiatan tidak berfaedah serta tiada kaitan dengan fungsi yayasan itu sebagai institusi yang memberi tumpuan kepada pembangunan pendidikan.

Noh juga menyifatkan SELCAT sebagai mahkamah kangaroo yang cuba menutup kesalahan dan kelemahan kerajaan Selangor.

"Tengoklah apa hukuman kerajaan negeri nak bagi kepada Ilham (Pengurus Besar Yayasan Selangor) dia mengaku dia salah, guna tak ikut peraturan. Kita tengoklah apa hukuman, adakah berani dia dipecat. - BERNAMA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.