Khamis, 8 Mac 2012

Selagi Sampah Boleh Dinilai Dengan Duit Habis Semua Hendak Diseleweng Oleh Syaitan Pakatan

    10:00:00 PG   No comments

Malang sungguh nasib yang menimpa rakyat Selangor kerana terpaksa hidup bergelumbang dengan isu sampah setiap hari di bawah kerajaan negeri Pakatan Haram. Jika diwaktu kerajaan terdahulu (BN) isu remeh seperti ini jarang kedengaran dan menjadi bualan mulut rakyat setempat.

Yang hanya dapat dilihat pada masa itu ialah kawasan persekitaran seperti tempat kediaman, premis perniagaan semuanya terjaga rapi. Tepi hari ini di bawah pentadbiran rejim Khalid Gagap, longgokan sampah yang tak berkutip dapat dilihat di mana-mana sahaja di negeri Selangor.

Hanya kerana sampah, sampai terpaksa aduan polis dibuat sedangkan isu yang berbangkit berkaitan dengan sampah ini boleh diselesaikan dengan cara mudah tanpa perlu sebarang pertiakaian atau tuduh menuduh satu sama lain. Apa yang berlaku ini semunya berpuca dari sifat rakus pemimpin Pakatan Haram dalam pembahagian harta rampasan selepas menang PRU12 yang lepas.


SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan berlakunya penyelewengan dalam pembahagian kontrak kutipan sampah di Selangor.

Laporan polis itu dibuat oleh Presiden Cassa Datuk Dr Jacob George di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di Seksyen 9 di sini.

Beliau berkata, Cassa juga akan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan berkenaan kerana pihaknya menerima lebih 30 aduan daripada orang ramai dan kontraktor yang tidak berpuas hati dengan pembahagian kontrak berkenaan.

Jacob mendakwa pembahagian zon kutipan antara kontraktor yang dipilih juga menimbulkan keraguan kerana terdapat sesetengah kontraktor diberikan tiga zon kutipan sampah sedangkan ia tidak berlaku sebelum ini.

"Pelik apabila satu kontraktor mendapat tiga zon kutipan sedangkan setiap kontraktor sepatutnya mendapat satu atau dua zon saja untuk kerja-kerja kutipan sampah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bukan setakat pasir sahaja yang dirembat, malah sampah pun turut nak disebat. Pendek kata, setiap apa yang ada di Selangor ini semuanya berharga. Jika sampah dipandang kotor oleh masyarkat, namun pada Pakatan Haram Selangor ia dipandang mulia kerana boleh membuat duit. Kesan busuknya pula akan ditanggung oleh rakyat Selangor apabila berminggu-munggu sampah tak berkutip. 'Aku peduli apa' itulah kata pemimpin Pakatan.

Realitinya, nilai sampah lebih tinggi dari harga diri Pemimpin Pakatan Haram di Selangor. Jika tidak betul apa yang dikata ini, tak akan timbulnya dakwaan di mana ada kontraktor yang mendapat lebih kawasan atau zon kutipan sampah jika tidak ada berlaku unsur-unsur penyelwengan dan 'under table' seperti yang dilaporkan.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.