Isnin, 5 Mac 2012

DAP Mula Bimbang Bila Orang Kampung Mula Sedar Akan Tanggujawab Sebagai Pengundi

    10:00:00 PG   No comments


DAP sepatutnya perlu merasa bersyukur dengan trend kenaikan pengundi baru di kawasan luar badar terutamanya di negeri Selangor. Itu tandanya orang kampung dah mula sedar akan tanggungjawab mereka.

Dengan trend kenaikan ini juga sudah tentunya akan meberikan kelebihan kepada DAP kerana pada PRU13 akan datang penduduk luar bandar inilah juga yang akan mengundi mereka.

Mungkin dari apa yang telah dinyatakan oleh Mufti Pahang tempoh hari bahawa tanggungjawab sebagai pengundi adalah WAJIB bagi orang Islam, maka tersedarlah mereka yang tinggal di luar bandar ini terhadap bertapa pentingya melaksanakan tanggung jawab sebagai pengundi.

Sebenarnya tiada apa yang perlu dipelikkan dengan peningkatan pengundi baru yang  datangnya dari kawasan luar bandar. Senario yang berlaku ini adalah perkara biasa yang terjadi pada setiap tahun atau bila tibanya musim pilihanraya.

Kawasan luar bandar biasanya sinonim dengan orang Melayu. Apabila orang Melayu sudah mula bangkit untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi, maka wajarlah parti komunis itu merasa pelik atau dalam makna lain merasa bimbang dengan apa yang berlaku.

Dari signal peningkatan ini, tentu ia akan memberi tekanan kepada DAP kerana mereka merasakan sesuatu yang buruk akan menimpa nasib Pakatan Haram di Selangor. Oleh itu setiap pertambahan pengundi baru terutama sekali di kawasan luar perlu dimanipulasi atau dipertikai sambil menjadikan SPR sebagai kambing hitam yang dicucuk hidung oleh pihak seterunya.

Petikan Dari Meloya Kini

Ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching menimbulkan kecurigaannya berhubung kenaikan mendadak pengundi baru di luar bandar berbanding dengan tahun 2008.

Contoh, kata beliau, adalah di bahagian pilihan raya Parlimen Hulu Selangor yang mengalami kenaikan mendadak 23.2 peratus iaitu daripada 63,593 pengundi kepada 78,370 pengundi.

"Di tempat yang mempunyai bandar-bandar baru, ini boleh diterima. Tetapi di Hulu Selangor tidak ada ramai orang yang berpindah ke sini, jadi kita dapati peningkatan dalam jumlah yang besar ini sangat mencurigakan," katanya ketika dihubungi.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.