Isnin, 5 Mac 2012

PAS Sakau Duit Rakyat Atas Nama Islam..Hak Orang Susah Pun Nak Tibai

    12:17:00 PG   No comments


Wak J: Tidak kira berkupiah, berjanggut atau berserban, selagi wang masih bergelar Ringgit dah sah dilakukan dengan nilai, ia tetap akan membuatkan sesiapa sahaja kelabu mata apabila melihatnya termasuklah orang yang mengaku dia paling kuat agama dan sangat beriman dari orang lain.

Siapalah PAS tanpa duit sedekah orang ramai. Selama ini pun Pas masih boleh bertahan hingga sekarang semuanya hasil daripada penat lelah mereka mengsakau duit rakyat atas nama jihad Islam dan sedekah Jariah.

Bermacam cara yang digunakan oleh PAS agar  perbuatanya mengsakau duit rakyat itu kelihatan lebih Islamik di mata penyokong mereka, walau pada zahirnya perbuatan itu kelihatan tidak senonoh sama sekali.

Bagaimana sebuah parti politik yang masih bergantung harap kepada duit derma dan belas ihsan rakyat boleh berjanji untuk membela dan menjaga kebajikan rakyat yang bakal dijaganya jika satu hari nanti parti itu diberi peluang menjadi sebuah kerajaan.

Ketololan Pas dalam mencari duit melalui daya usaha sendiri membuatkan parti politik yang lebih tua dari PKR dipandang hina dan miskin di kalangan rakan mereka. Mungkin selepas ini Hadi Awang boleh belajar dari Anwar Ibrahim bagaimana cara untuk mendapatkan dana Pilihanraya tanpa perlu lagi merayu derma dari orang miskin dan orang susah.

Hadi Awang boleh meniru cara Anwar Ibrahim mengipas dan memuji Yahudi sambil berdoa agar hati para pendana Yahudi itu dibukan oleh Allah untuk mendermakan sebahagian daripada wang ringgitnya kepada PAS atas nama JIHAD melalui sistem bank in.

LUMUT 3 - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menyifatkan tindakan Pas meminta ahlinya menyerahkan sebanyak 10 peratus daripada wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diterima, sebagai perbuatan yang sangat tidak wajar.

Menurut beliau, sebagai sebuah parti yang melaung-laungkan prinsip negara berkebajikan, Pas sepatutnya menasihatkan golongan miskin menggunakan wang bantuan secara berhemah dan untuk tujuan kebaikan.

“Pas tidak patut memaksa mereka menyerahkan bantuan yang diterima untuk kepentingan parti pula. Buatlah cara lain, kasihanilah rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Rali Malaysia (MRC) 2012 pada Majlis Perbandaran Manjung di sini hari ini.

Beliau mengulas entri blog Taiping Central kelmarin yang mendedahkan surat pekeliling Setiausaha Pas Kawasan Taiping, Razali Ab. Razak mengenai kutipan derma daripada ahli-ahli Pas yang mendapat bantuan BR1M untuk dimasukkan ke dalam tabung pilihan raya.

Surat bertarikh 1 Disember 2011 itu bertajuk ‘Rayuan sumbangan derma one off RM50 atau 10 peratus daripada ganjaran pemberian daripada kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN) sebanyak RM500 kepada mereka yang bekerja dan berpencen pada bulan Disember 2011 untuk ‘tabung pilihan raya N16 Kamunting’.

Semalam, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain tidak menafikan perkara tersebut dan menyatakan ia mungkin sebahagian daripada cara Pas Cawangan Kamunting untuk menggalakkan ahlinya bersedekah. BACA SELANJUTNYA DI UTUSAN MALAYSIA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.