Ahad, 4 Mac 2012

Angkara Parasit Anwar..Seluruh Pas Kedah Bertaichi Sesama Sendiri

    1:13:00 PG   No comments


Wak J: Orang yang paling gembira dalam hal ini sudah tentunya bukan Mahfuz Omar tetapi Anwar Ibrahim

Pengaruh Parasit yang dihantar menyusp masuk ke dalam Pas kini kuasanya sudah tidak boleh terkawal lagi. Satu persatu negeri yang ditakbir oleh Pas bergolak sesama sendiri.

Bagaimana nasib Ostad kita? Larat lagi ke nak bertaichi melawan Parasit-Parasit yang dihantar Anwar Ibrahim untuk menjahanamkan Pas dari dalam.

ALOR SETAR:
Pemimpin tertinggi PAS mula berkumpul di kediaman rasmi Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Mentaloon di sini untuk menyelesaikan kemelut yang melanda kepimpinan parti peringkat negeri Kedah.

Beberapa pemimpin PAS Pusat hadir seawal jam 7 malam di mana gambar mereka berjaya dirakam jurugambar dari depan pintu masuk utama.

Ketika ditanya sama ada isu itu boleh diselesaikan malam Sabtu, Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu yang tiba pada pukul 8.25 malam berkata, Insyallah!.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula menyifatkan tumpuan media terhadap kemelut itu amat luar biasa berbanding ketika pilihan raya.

Pengawal keselamatan yang melakukan pemeriksaan rapi ke atas kira-kira 90 nama yang dibenarkan memasuki kediaman itu berkata, beberapa pemimpin dinasihatkan untuk meninggalkan telefon bimbit, kamera dan alat perakam sebelum memasuki bilik mesyuarat.

Pemimpin PAS yang memberontak, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, dia berharap untuk menang tetapi enggan mengulas lebih lanjut.

Phahrolrazi berkata, beliau akan membentangkan hujahnya dalam keadaan tenang dan yakin kemelut itu akan diselesaikan, malam Sabtu.

"Ini melibatkan isu (dalaman) politik. Orang ramai tidak perlu berdebat mengenai isu ini," katanya.
Seorang lagi exco yang turut menolak tawaran pelantikan semula, Dr Ismail Salleh turut tiba lebih awal.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tiba pada pukul 9.50 malam akan mempengerusikan mesyuarat itu.
Mesyuarat itu bermula pada pukul 10 malam dan dijangka berakhir lewat tengah malam Ahad. SUMBER MSTAR ONLINE

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.