Sabtu, 3 Mac 2012

PAS Berjaya Di Tololkan Anwar Untuk Meraih Sokongan & Dana Dari Yahudi

    2:04:00 PG   No comments


Wak J: Antara kebodohan PAS yang paling ketara sekali ialah kerana mempercayai setiap kata atau penjelasan yang keluar dari mulut Anwar Ibrahim.

PAS memamng tidak pernah belajar dari sejarah dan pengalaman apabila berhadapan dengan manusia seperti Anwar Ibrahim.

Asal Bukan Umno, Pas rela bekerjasama dengan sesiapa sahaja, bukan setakat syaitan dengan Yahudi sekalipun Pas sanggup terima.

Penafian yang dibuat oleh Biro Politik Hamas sekaligus membuktikan bahawa Anwar memang secara terbuka menyokokng segala usaha untuk melindungi kepentingan Israel termasuk dalam hal yang berkaitan keselamatan negara haram itu.

Dalam hal ini, dilihat Anwar Ibrahim telah berjaya memancing sokongan Pas terhadap kenyataannya yang menyokong dan mempertahan akan keselamatan negera haram Israel.

Sudah tentu Anwar akan mewar-warkan kepada rakan zionisnya bahawa kenyataan yang dibuat sebelum ini di dalam laporan World Street Jounal telah mendapat sokongan padu dan tidak berbelah bahagi dari sebuah parti Islam iaitu Pas.

KOTA BAHARU:
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penafian Hamas bahawa ia mempunyai pendirian selari dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan kenyataan Ketua Pembangkang itu yang menyebelahi Israel.

Perdana Menteri berkata kenyataan Anwar nyata bertentangan dengan pendirian Hamas yang memperjuangkan hak rakyat dan negara Palestin.

"Dia (Hamas) tolaklah sebab kenyataan Anwar itu memang menunjukkan dia (Anwar) lebih memberi keutamaan kepada keselamatan negara Israel berbanding perjuangan orang Palestin yang ditindas dan dizalimi (rejim Israel) selama ini," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Najib mengulas kenyataan Pengerusi Biro Politik Hamas Dr Mousa Abu Marzook semalam yang menafikan pendirian pertubuhan itu selari dengan Anwar yang menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan Israel.

Dr Mousa dipetik sebagai berkata bahawa pertubuhan itu sama sekali tidak akan mengiktiraf rejim Zionis.

Anwar sebelum ini mendakwa pemimpin Hamas Khalid Mashal menerima baik penjelasannya berhubung kontroversi berkenaan selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin itu di Qatar.

Najib berkata pendirian kerajaan terhadap Israel adalah konsisten sejak sekian lama dan ini terbukti melalui surat-surat bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad kepada tiga bekas pemimpin negara itu.

Kandungan surat itu antara lain menunjukkan ketegasan Malaysia terhadap kekejaman Israel dan tidak pernah menyokong negara itu mahupun perkara berkaitan negara itu. BERNAMA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.