Jumaat, 2 Mac 2012

Pembangkang Terpaksa Kerja Keras Supaya Kerajaan BN Gagal Membela Nasib Rakyat

    12:16:00 PG   1 comment


Pengumuman Najib memangsuhkan kadar tol sebanyak 50% bagi pengguna lebuhraya Grand Saga merupakan satu nikmat besar kepada pengguna kenderaan yang sering berulang alik dari Kajang ke Kuala Lumpur. Dengan berita pemangsuhan ini sedikit sebanyak memberi kelegaan di hati banyak pihak.

Hati penyokong dan pemimpin Pakatan Pembangkang kini sudah mula risau dengan pengumuman ini. Beban yang ditanggung oleh rakyat sudah mula berkurangan tetapi beban yang ditanggung oleh Pakatan Pembangkang pula semakin bertamabah ekoran daripada tertunaiya janji-janji yang dibuat oleh kerajaan. Mereka perlu berusaha leibh keras supaya kerajaan BN gagal menunaikan janjinya.

Apa jua perkara yang ada melibatkan penurunan kos sara hidup rakyat, pasti akan mambuatkan penyokong dan pemimpin Pakatan Pembangkang bengang kerana harapan mereka untuk melihat rakyat terus dibebani dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dibawah pentadbiran BN, telah dihancurkan oleh sifat keperihatinan Perdana Menteri melalui pengumumuman ini.

Sudah mula kedengaran bunyi salakan sumbang dari pemimpin dan penyokong Pakatan Pembangkang yang mendakwa penurunan kadar tol yang diumukan oleh Najib itu hanyalah sekadar gula-gula pilihanraya untuk memancing undi rakyat.

Sebenarnya di dalam hati mereka ini merasa amat kecewa dan bimbang kerana apa yang berlaku ini tidak seperti apa yang diharapkan. Dan jika Najib terus-terusan membela nasib rakyat, maka peluang untuk Pakatan Pembangkang menang pada PRU13 akan datang adalah tipis.

Diharap segala usaha yang dilakukan oleh pihak Kerajaan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat ini dapat diteruskan dari masa ke semasa. Jika pihak kerajaan setiasa konsisten membela nasib rakyat sambil menunaikan janjinya, InsyAllah pada PRU13 akan datang segala jasa baik dan budi kerajaan ini akan dikenang dan dibalas rakyat melalui terjemahan dalam bentuk undian.

KAJANG: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan pemansuhan bayaran tol RM1 menghala ke Kuala Lumpur di Plaza Tol Batu 9 dan bayaran 90 sen di Plaza Tol Batu 11 menghala ke Kajang, berkuatkuasa tengah malam ini.

Perdana Menteri berkata, keputusan kerajaan itu akan mengurangkan beban pengguna yang kerap menggunakan Lebuh Raya Cheras-Kajang sebanyak 50 peratus, atau pengurangan bayaran tol daripada RM3.80 kepada RM1.90 untuk dua hala.

"Ini adalah usaha dan perjuangan kerajaan Barisan Nasional sejak 2009 lagi dan hari ini kerajaan jadikan kenyataan," katanya pada majlis pecah tanah projek Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Bandar Sungai Long di sini.

Perdana Menteri berkata ia juga adalah merupakan janji yang pernah diungkapkan pada 21 Ogos 2011 supaya Jabatan Kerja Raya (JKR) mengkaji kadar tol di lebuh raya itu untuk meringankan beban pengguna. SUMBER MSTAR ONLINE

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
1 ulasan:
Write comments
  1. klu pbkang kata.....nah terbukti klu Pr jadi krjaan pasti boleh buat! tapi bole kita bidas kembali....ape harta dan dasar kerajaan yg ada meraka hasilkan?

    BalasPadam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.