Sabtu, 24 Mac 2012

Pengaruh Gangster DAP Menguasai Seluruh PBT Di Selangor

    5:00:00 PTG   No comments


Kaitan antara DAP dan kuasa bawah tanah cina bukanlah asing. Dan semenjak berkuasa di Selangor,hubungkait itu semakin jelas dengan campurtangan gangster dalam hal ehwal pentadbiran kerajaan negeri. Hampir semua industri, akan ada tangan-tangan ghaib bawah tanah yang bertindak mencatur pengurusan negeri.

Mungkin ramai yang belum terlupa, bagaimana Ronnie Liu menghalang tindakan PBT yang cuba membuat serbuan ke atas sebuah hotel bajet yang cukup dikenali sebagai sarang maksiat di kawasan Puchong. Bahkan, hotel berkenaan pernah ditutup gara-gara terlibat dengan industri maksiat.Difahamkan, hotel berkenaan berkait rapat dengan dunia bawah tanah orang cina.

Itu adalah titik awal, di mana rakyat melihat kuasa bawah tanah ini muncul sebagai pencatur dalam segala urusan yang melibatkan industri hiburan, atau lebih tepat industri maksiat.  Penyertaan mereka bukan terhad kepada sesuatu industri, malah hampir di semua perniagaan yang melibatkan PBT akan dikuasai oleh mereka.  Industri pasir juga tidak ketinggalan, dengan ancaman-ancaman kepada pihak berkuasa.  Kematian Patrick Wong, seperti dakwaan RPK, tidak mustahil juga didalangi oleh kumpulan gangster yang malar segar bersama wakil-wakil rakyat kerajaan negeri.

Sidang DUN menyaksikan YB Sg Pelek, yang melontarkan persoalan berkenaan kecekapan dan keberkesanan PBT.  Antaranya ialah kekecohan perlantikan ahli majlis.  Kekecohan ini berhubungkait dengan camputangan politik oleh DAP, sehinggakan membawa kepada demonstrasi di MPKJ.  Dipercayai, kekecohan ini berlaku akibat rasa tidak puas hati rakyat apabila mengetahui perlantikan ahli majlis itu dianugerahkan kepada kaki pukul, dan samseng (gangster).  Ini membuktikan bahawa kuasa bawah tanah cuba “dihalalkan” bagi tujuan memudahkan urusan, dan juga pantauan.

Kerakusan Pakatan melantik ahli majlis PBT sehingga membawa kepada perkara-perkara di atas menyerlahkan betapa kuatnya pengaruh kumpulan bawah tanah itu.  Hatta bermasalah sekalipun, nama mereka tetap ada dalam senarai ahli majlis.  Ia menunjukkan hubungan “seseorang” yang berkuasa dalam portfolio berkenaan dengan kumpulan bawah tanah ini.

Ugutan demi ugutan yang diterima oleh ramai penjawat awam negeri Selangor berkenaan dengan penyelewengan kerajaan negeri sudah menjadi satu kebiasaan.  Pun begitu, ketakutan tetap ada, berikutan nyawa sebagai galang gantinya.

Kemunculan kuasa bawah tanah ini mengingatkan bagaimana terjadinya peristiwa berdarah 13 Mei, apabila DAP mencetus sentimen perkauman, dan disambut oleh kumpulan bawah tanah ini bagi mencapai cita-cita mereka menguasai sebuah negara bertuah yang bernama Malaysia.

Selangor sekali lagi menjadi tuan rumah kepada kerakusan kuasa bawah tanah itu.


SUMBER SELANGOR DAILY

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.