Rabu, 21 Mac 2012

Populariti Najib Razak Di Laman Sosial Semakin Meningkat

    10:57:00 PG   No comments

Wak J: Anwar Berahim pasti terkedu bila dengar berita ni. Pasti ada dari kalangan penyokong Pakatan Pembangkang membuat penyelidikan kenapa populariti Najib Razak mendahuli Anwar Berahim.

Selepas itu kita akan dengar dari mulut mereka mengatakan bahawa peningkatan sokongan terhadap Najib Razak di laman sosial disebabkan oleh akaun faceebook dan teitter palsu yang direka oleh BN.

KUALA LUMPUR: Jumlah pengikut Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sosial Twitter dan Facebook masing-masing mencecah hampir 500 ribu dan sejuta malam Selasa.

Perdana Menteri dalam Tweetnya pada pukul 10.30 malam melahirkan rasa terharu atas sokongan yang diberikan itu selain mengucapkan terima kasih kepada para pengikut beliau.

"Terharu lihat pengikut Twitter hampir 500 ribu. Facebook pula sudah dekat satu juta. Terima kasih kepada semua pengikut saya," katanya.

Beliau turut meminta pandangan rakyat untuk meraikan pengikutnya yang ke 500 ribu dan sejuta.

"Mungkin anda semua ada cadangan sempena mencecah pengikut saya yang ke 500 ribu dan sejuta?," katanya.

Semasa berita ini ditulis (11.35 malam), pengikut Najib di Twitter adalah seramai 498,527 orang manakala rakan Facebook beliau seramai 977,282 orang.

Pengikut di Twitter meningkat ke 498,627 kira-kira 10 minit selepas itu. - BERNAMA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.