Khamis, 12 April 2012

18XL: Lari Sambil Berseronok-Seronok...Macam Best Pulak Acara Ni

    10:00:00 PG   No comments


Putrajaya: Tampil dengan tema “Joy Of Running”Standard Chartered Fun Run 2012, akan menganjurkan edisi keduanya di Putrajaya bersempena Hari Belia Negara yang bakal berlangsung Mei ini dengan sasaran 8000 peserta.

Majlis yang dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek membawa banyak perubahan dalam penganjuran pada kali ini, dengan menampilkan pelbagai aktiviti menarik buat para pengunjung selain kejohanan marathon yang dijalankan. Selain itu, kejohanan ini adalah salah satu kesinambungan bagi “Standard Chartered KL Marathon” yang merupakan antara acara besar dalam kelander sukan di Malaysia.

“Dengan adanya penglibatan syarikat-syarikat swasta dalam membantu mempromosikan acara-acara sukan di Malaysia, sedikit sebanyak mampu menarik lebih ramai lagi warga belia bagi mendekatkan diri mereka dengan aktiviti yang lebih berfaedah dan bermanfaat” tegas Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek.

Menurut beliau lagi, di samping dapat menarik warga belia, kejohanan seumpama ini sama sekali dapat menyatupadukan dan menerap nilai kerjasama antara kaum dalam penglibatan mereka di setiap aktiviti yang dijalankan.

Pada penganjuran kali ini, pihak penganjur telah menambah pelbagai kategori untuk menarik penyertaan lebih ramai lagi lapisan masyarakat di Malaysia antaranya, ‘staff running, men’s and women’s international open, staff with kids, special run, custome run and celebrity run’. Penganjuran ini juga, adalah untuk memberi peluang kepada semua peserta bagi persediaan dan latihan fizikal untuk menghadapi ‘KL Marathon’ Jun ini.


“Kejohanan ini sememangnya memberi impak yang tersendiri dengan wujudnya pelbagai kategori-kategori menarik dan pengisiannya yang dinamik, bertenaga dan berani.” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Bank Malaysia Berhad,Osman Morad.

Hadir sama pada majlis perasmian, aktor hebat, Fizo Omar, Timbalan Ketua Setiausaha Strategik, Dato' Zaidon Bin Hj. Asmuni, Timbalan Ketua Setiausaha Antarabangsa dan Pengurusan, Datuk Jamil Bin Salleh, Pegawai-Pegawai Kementerian Belia dan Sukan dan para media.

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.