Ahad, 1 April 2012

Agenda Dajal Pakatan Menghasut Peneroka Gagal..FGVH Bakal Disenaraikan Tak Lama lagi

    10:00:00 PG   No comments


Wak J : Segala perancangan jahat Pakatan Pembangkang untuk menghalang Peneroka Felda dari terus mengecapi nikmat hidup yang lebih baik dan sempurna akan menemui kegagalan bila FGVH disenaraikan pada bulan Jun ini.

Walau penyenaraian FGVH di bursa Malaysia lambat sedikit, namun ia tidak mematahkan semangat dan sokongan masyarakat Felda  terhadap usaha murni yang diilhamkan oleh Perdana Menteri ini demi mengubah nasib Peneroka agar menjadi lebih baik pada masa hadapan.

Gangguan dan hasutan oleh parasit yang dihantar Pakatan Pembangkang untuk meracuni pemikiran masyarakat Peneroka Felda, sedikit pun tidak memberi kesan, malah sokongan terhadap penyenaraian FGVH ini semakin padu dizahirkan sendiri oleh Peneroka Felda.

Sehingga bulan Jun, Pakatan Pembangkang tidak lagi mempunyai banyak masa untuk membuat perancangan bagi mengagalkan proses penyenaraian FGVH ini di bursa saham Malaysia. Oleh itu pihak Felda perlu lebih berhati-hati kerana dikhuatiri Pakatan Pembangkang  melalui ejen dajalnya sanggup membuat apa sahaja asalkan matlamat mereka tercapai.

TOLONGLAH
ambil iktibar dari peristiwa yang lepas. Diharap, harapan Peneroka Felda yang inign sangat melihat perubahan besar dalam hidup mereka melalui penyenaraian ini menjadi kenyataan dari berkat usaha dan kerja keras oleh pihak pengurusan Felda demi membela nasib Rakyat.


PUTRAJAYA - Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia dijangka dilaksanakan pada bulan Jun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, penyenaraian itu lewat sebulan daripada tarikh dijadual sebelum ini iaitu Mei berikutan wujud pelbagai masalah dan gangguan termasuk perintah injunksi mahkamah.

''Penyenaraian FGVH akan diteruskan mengikut jadual tetapi terlewat sebulan kerana gangguan tersebut. Sepatutnya bulan Mei tetapi kini Jun.

''Walaupun demikian, segala usaha telah dan sedang dilaksanakan dengan teliti oleh pihak yang dilantik oleh Felda untuk penyenaraian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima memorandum daripada tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong penyenaraian itu di sini hari ini.

Memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tersebut disampaikan oleh wakil NGO terbabit yang juga Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Anuar Abdul Manap.

Antara mesej utama terkandung dalam memorandum itu ialah generasi baru Felda memberikan sokongan padu terhadap langkah penyenaraian, menolak segala campur tangan serta hasutan daripada pihak luar dan mendesak usaha penyenaraian dapat disegerakan.

Mengulas lanjut perkara itu, Ahmad menyifatkan gangguan terhadap proses penyenaraian FGVH itu adalah bermotifkan politik.

''Ia telah dipolitikkan kerana parti pembangkang khuatir jika kerajaan berjaya membawa berita gembira kepada peneroka, maka ia berita buruk buat mereka," katanya.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.