Wak J: Tok, kalau sakit gigi tampal koyok yer nanti..banyak sangat makan gula-gula Pembangkang pun tak elok juga, nanti boleh kena kencing manis. Penyakit yang ni tak boleh tampal koyok, terus je potong kaki.
Inagat!! Kurangkan gula dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman... Selamat beramal.
KUALA LUMPUR: Pihak pembangkang hanya memainkan 'politik gula-gula' dengan menabur pelbagai janji untuk menang pilihan raya tetapi janji-janji itu kerap kali dimungkiri, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan pada Khamis.
"Janji mereka untuk turunkan harga minyak...sudah banyak kali saya katakan dan mencabar mereka untuk turunkan harga minyak itu di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan (yang diperintah pakatan pembangkang)...kenapa mereka tidak turunkan harga minyak di empat negeri itu.
"Mereka sebenarnya boleh menurunkan harga minyak itu dengan menambah subsidi, sebagai contoh Minyak RON 95, subsidi yang diberikan oleh kerajaan hari ini ialah RM1.03 sen seliter dan mereka boleh turunkan harga minyak dengan menambah subsidi sehingga RM1.50 satu liter dan perbandingan antara RM1.03 sen dan RM1.50 sen adalah sebanyak 47 sen, tetapi mereka tidak lakukannya," katanya.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata antara isu yang dianggap politik gula-gula pembangkang ialah isu penghapusan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)1960 dan tol serta pemberian Wifi percuma dalam negara.
"Berkenaan isu hapuskan ISA, Isnin ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib (Tun Razak) akan membentangkannya di Parlimen untuk menghapuskan ISA, kemudahan Wifi percuma turut disediakan di kampung seluruh tempat...sekiranya ingin hapuskan tol, kenapa tidak hapuskan tol di Pulau Pinang terlebih dahulu sebelum hapuskan tol di Malaysia?
"Kenapa mereka tidak buat? Gula-gula pilihan raya sahaja dan hanya janji-janji kosong apabila sudah dapat mereka tidak tunai janji-janji itu dan kita seharusnya tolak pembangkang yang berjanji untuk berikan kita gula-gula yang tidak kekal lama ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabat Umno Bahagian Pandan di sini. -BERNAMA

Published with Blogger-droid v2.0.4
Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..