Patut pun Anwar beriya-iya sangat hendak membatalkan pinjaman PTPTN yang ada sekarang. Rupa-rupanya ada sesuatu yang dia cuba sembunyikan dari pengetahuan penyokongnya sendiri.
Menurut rekod, Anwar Ibrahim semasa menjadi TPM pernah diberikan kuasa sementara sebagai pemangku PM sewaktu Dr Mahathir (kini Tun) bercuti selama dua bulan.
Tarikh Anwar Ibrahim mula dilantik sebagai pemangku PM pada 19.Mei.1997 dan berakhir pada 26.Julai.1997. Dalam tempoh masa tersebut Anwar telah diberi kuasa penuh untuk membuat sebarang keputusan dalam kebinet termasuk dalam melantik jawatan Ketua Menteri ketika itu.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.
Tapi ramai yang tidak tahu atau buat-buat lupa terutama sekali penyokong Pembangkang, bahawa Anwar Ibrahim adalah individu terlibat memberi kelulusan kepada penubuhan badan pinjaman skim pendidikan negara yang ada sehingga hari ini.
Kasihan, apabila melihat kelibat budak-budak mentah yang tidak tahu apa-apa dan tidak pernah mengkaji asal usul penubuhan PTPTN serta siapa individu yang meluluskan skim pinjaman ini, dibodohkan Anwar secara percuma.
Hari ini Anwar dan pemimpin Pakatan Pembangkang kata PTPTN zalim, kejam serta membebankan para peminjamnya. Jika skim PTPTN ini kejam dan zalim seperti yang didakwa, kenapa masih ada bekas graduan universiti mampu membayar pinjaman tersebut mengikut jadual yang ditetapkan.
Anwar Ibrahim cuba menutup segala jejak dan bukti-bukti yang ada mengaitkan penubuhan PTPTN dengan dirinya semasa menjadi Tim. Perdana Menteri dahulu. Petronas telah dijadikan alat untuk menutup kemaluan Anwar yang sudah terdedah dilihat orang dengan bantuan Rafizi Ramli.
Idea tolol pemansuhan PTPTN yang dicerna dari otak dungu tink tank PKR kini mula menjerut leher Anwar Ibrahim apabila ia mendapat tentangan dari pelbagai pihak. Akibat terlanjur cakap, usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan agar idea pemansuhan PTPTN ini kelihatan relevan di mata rakyat.
Cukup-cukuplah kita sebagai rakyat dibodohkan dengan janji dan fantasi Anwar Ibrahim yang tak sudah-sudah. Sememangnya dalam dunia ini tiada yang percuma. Masuk ke tandas pun kita kena bayar, inikan pula nak mendapatkan akses pendidikan tahap tertinggi.
Bukan sahaja kita tahu, Pembangkang pun tahu, Malaysia sebagai sebuah negara membangun yang belum mencapai tahap negara maju, tentunya agak sukar jika ingin menyediakan pendidikan percuma di peringkat tinggi pada waktu ini berbanding dengan negara maju lain.
Malaysia harus bergerak dan dibentuk mengikut acuanya sendiri bukanya mengikut selera nafsu Anwar Ibrahim yang tak pernah mengenal jantan betina, depan dan belakang.
Perlu kita ingat, jika semuanya diberikan secara percuma, belum tentu lagi ia dapat menjamin kualiti graduan yang bakal dihasilkan dari produk percuma Pembangkang, setimpal dengan modal besar yang akan dilaburkan jika dilihat dengan keadaan penuntut universiti hari ini yang lebih gemar berpolitik serta menjadi keldai orang politik dari menelaah dan menulangkaji pelajaran. Fikir-fikirlah
Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..