Sabtu, 14 April 2012

Pakatan Pembangkang Rayu Agar Dibenarkan Letak Bendera Parti Di Kawasan Komuter Milik KTM

    10:00:00 PG   1 comment


Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) melahirkan rasa kesal dan kecewanya apabila bendera parti Pakatan Pembangkang tidak dibenar dipasang di kawasan komuter milik KTM.

DPPM turut meluahkan rasa cemburu di atas sikap berat sebelah pihak KTM kerana membiarkan sahaja bendera BN dipasang tanpa sebarang gangguan.


Dalam pada itu juga, DPPM turut menzahirkan rasa bimbanganya jika rakyat memboikot dari menggunakan perkhidmatan komuter ia akan menyebabkan kerugian yang besar kepada KTM.

BN juga diberi amaran agar jangan sesuka hati menggunakan kawasan milik KTM yang menjadi tumpuan orang awam setiap hari sebagai tempat berkempen untuk meraih sokongan dan undi.

Untuk makluman, di negeri Selangor mempunyai 28 stesen komuter dan setiap hari rakyat tanpa putus-putus menggunakan pengangkutan awam tersebut.

Ini adalah peluang terbaik untuk BN  meraih sokogan rakyat. Pedulikan apa Pakatan Pembangkang nak kata. Memang KTM orang BN yang punya.

Sekiranya DPPM merasakan keselesaan penyokong Pakatan Pembangkang yang menaiki komuter terganggu akibat dari pemandangan bendera BN yang dipasang di sepanjang kiri dan kanan bahu landasan, dicadangkan di sini supaya ahli PAS,PKR dan DAP menggunakan pengangkutan awam yang lain seperti bas untuk sampai ke destinasi yang ingin ditujui.

Tiadanya penyokong Pakatan Pembangkang menggunakan perkhidmatan komuter, sudah tentu ia akan memberi lebih keselesaan kepada penumpang yang lain.

Jika isu bendera BN yang dipasang di kawasan komuter di Selangor menjadi kerisauan. kegusaran pada Pakatan Pembangkang, ini bermakna strategi yang digunakan oleh BN untuk meraih sokongan rakyat, sedikit sebanyak telah menggugat kedudukan mereka di Selangor.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
1 ulasan:
Write comments
  1. benar tok...kami mmg dah tergugat...kami takut jadi mcm trengganu..sekejap je rasa..dah pulang balik..huk huk huk

    oleh awie penyokong bn

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.